Pages

Saturday, January 3, 2015

KEMELUT DI SELANGOR KEMBALI LAGI. TERKINI! AZMIN DESAK KHALID GAGAP DAN TUJUH BEKAS PEGAWAINYA PULANGKAN DUIT PAMPASAN

SABTU, 03 JANUARI 2015
DAH lama kot Azmin menunggu saat dan ketikanya untuk menggunakan kuasa beliau sebagai Menteri Besar yang baharu.  Adakah ini berupa balas dendam? Itu, hanya Azmin sahaja yang tahu. Terbaru, Azmin mendesak supaya lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta untuk memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka. Menurut kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendakwa ini berikutan pembayaran wang pampasan itu tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan. Ini, selepas mendapatkan nasihat daripada peguam, pengurusan MBI (Perbadanan Menteri Besar) yang baharu memutuskan supaya mereka kembalikan wang yang sudah dibayar (pampasan) kerana didapati ada beberapa perkara yang melanggar tatacara peraturan kewangan. Menurut Azmin, beliau sudah dimaklumkan oleh MBI bahawa surat akan dihantar kepada mereka (berhubung perkara itu) dan mereka perlu memulangkan wang terbabit, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor, hari ini, Sabtu. 

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas Menteri Besar yang dilantik MBI, dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.6 juta. Pembayaran itu disifatkan pelbagai pihak termasuk anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah. Pembayaran itu didakwa telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar berkuat kuasa 23 Sept lepas. Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata bagaimanapun bekas kakitangan MBI itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya diterima mereka. Pihak pengurusan MBI akan meneliti semula jumlah bayaran yang bersesuaian mengikut terma dan syarat yang terdapat dalam kontrak semua bekas kakitangan terbabit, katanya. Sedikit sahaja IBM nak tambah dalam isu ini. Maknanya, memang tiada ketelusan di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) bagi memerintah negeri Selangor. Para pemimpin mereka (PR) terutamanya dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai agenda tersendiri untuk melingkupkan negeri Selangor. 

Keikhlasan hati mereka untuk membela rakyat seperti yang mereka laung-laungkan semasa PRU ke-13 lalu, hanyalah bohong semata-mata. Bayangkan, kalau korang masih ingat, betapa lamanya kemelut melantik 'Menteri Besar' Selangor yang baharu selepas Khalid diminta lepaskan jawatan? Perintah dan kehendak Sultan mereka ketepikan. Itulah wajah dan perangai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang perlu di ketahui oleh rakyat Selangor. Apapun, kita tunggu dan lihat berapa lama si Azmin boleh bertahan menjadi Menteri Besar Selangor, kerana secara lazimnya kita semua ketahui kerusi MB Selangor ini memang panas diduduki walaupun semasa BN memerintah Selangor. Wassalam ~ IBM 

No comments:

Post a Comment