Pages

Saturday, January 17, 2015

MAT ASKAR YANG DITAMATKAN KHIDMATNYA DIDALAM TENTERA AKAN MEMILIH PAKATAN RAKYAT (PR) JIKA CEBURI BIDANG POLITIK. DAH AGAK DAH!

SABTU, 17 JANUARI 2015

WALAUPUN ianya belum lagi berlaku, maka, jika sebaliknya keputusan Bekas Pegawai Tentera Udara Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad untuk memilih Pakatan Rakyat sekiranya beliau menceburi bidang politik, IBM rasa bekas askar ini membuat satu keputusan yang akan merugikan diri beliau sendiri. Apa tidaknya, sendiri yang cari pasal, kondem kerajaan (SPR) sedangkan diri beliau semasa itu masih lagi menjawat jawatan di dalam Tentera dan ianya dibuat secara terbuka pulak tu. Kan cari nahas namanya tu. Sekali gus memberi peluang pembangkang menyerang kerajaan, iaitu Suruhanjaya pilihan raya (SPR) yang di katakan tidak telus dan rasuah. Ianya juga merupakan rahsia yang harus disimpan oleh penjawat awam bagi pihak kerajaan. Tapi, sayang, Mat Askar ini melangkah ke jalan yang salah dan ianya seolah-olah memperlekehkan apa yang SPR lakukan bagi menambah baik sistem PRU di negara ini. Apabila diambil tidakan oleh majikannya, iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengambil tindakkan dan akhirnya si Mat Askar ini didapati bersalah kerana melanggar peraturan Tentera, Mahkamah Tentera mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat beliau. 

Seperti biasa, kerana sudah lazimnya apabila seorang penjawat awam yang dibuang daripada kerajaan secara automatik akan melompat kepada parti lawan iaitu parti pembangkang dan akan mengeluarkan segala rahsia kerajaan yang mereka tahu semasa dalam perkhidmatan. Maka hilanglah segala kebaikkan kerajaan dan timbulah segala keburukkan di pihak kerajaan. Trend serupa ini memang dah jadi lumrah di Malaysia ini. IBM dah jemu dan masak dengan kerenah mereka-mereka ini yang tidak mengenang jasa dan berterima kasih kepada kerajaan. Apabila ditanya oleh pemberita kepada si Mat Askar ini mengenai berkemungkinan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang (kerajaan Pakatan haram) bersedia menawarkan pekerjaan kepadanya, beliau berkata dia perlu mengkaji dahulu tawaran tersebut. Beliau akan berjumpa dengan wakil-wakil negeri Selangor dan Pulau Pinang dan berhati-hati menilai tawaran itu. Jika tawaran sesuai, beliau akan menerimanya, begitulah kata si Zaidi ini. 


Bagaimana pun, katanya buat masa sekarang beliau mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan. Buat masa sekarang beliau mahu beri fokus kepada perniagaan jualan langsung dan mahu menyambung menulis buku. Buku beliau seterusnya akan berkisarkan mengenai isu pertahanan dan perbicaraan beliau, jelasnya yang baharu menerbitkan travelog mengenai ibadah Haji. Pada Isnin lalu, Zaidi dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera. Dia dikaitan dengan kesalahan melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara. 

Zaidi  didakwa membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal itu tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan di Balai Polis Kepala batas pada 1 Mei 2013. Zaidi juga turut didakwa menyiarkan maklumat rasmi surat pemindahan tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013. Kesimpulannya, IBM rasa, memang mat Askar ini yang mencari masalah sendiri, ibarat 'korek lubang kambus sendiri' atau 'tabur pasir di periuk sendiri'. Maka, janganlah salahkan kerajaan pulak. Betul tak? Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM

2 comments:

  1. Kata, angkatan tentera berkecuali. Tak pilih parti politik. Tapi mamat ni lain pulak. Kalau di Amerika tentera dia kena dismissed with disgrace selain di penjarakan kerana melanggar milatry standing order. Kalau angkatan tentera menyebelahi musuh negara macam mana? Kalau nak lentok kat mana2 parti politik eloklah jangan jadi anggota polis, askar atau mana2 penguat kuasa dan kerja kerajaan. Kerja sendiri dan terus masuk politik, habis cerita. (Rakyat Hakim Negara)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~FORENSIC PATHOLOGY,

      Salam. Ini gara-gara puntar-belit pembangkang membuat mat askar seko ni terpengaruh dan dipesongkan. Salah sendiri, tapi kerajaan pulak yg salahkan....berani buat sendiri tanggunglah..

      Delete