Pages

Monday, January 26, 2015

PROVOKASI, FITNAH OLEH PORTAL PRO PEMBANGKANG MENJADI-JADI. MELAYU TERUS BERKELAHI. SIAPA YANG RUGI??

ISNIN, 26 JANUARI 2015
MEMANG betul apa yang disuarakan oleh Datuk Irmohizam Ibrahim tentang kerenah Portal Pro Pembangkang yang kian menjadi-jadi ketika ini. Provokasi demi provokasi dan fitnah-menfitnah sudah menjadi 'asam garam' mereka. Kini, sudah tiba masanya pihak berkuasa harus mendedahkan dalang di sebalik Portal Pro Pembangkang supaya masyarakat tidak terus terpengaruh dengan provokasi dan agenda yang cuba mereka rencanakan. Saranan dibuat oleh Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar bawah kanan) meminta supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera dan mengambil tindakan  terhadap portal-portal yang dilihat tidak gentar kepada undang-undang ini. Perkara ini harus dipandang serius kerana akan melibatkan isu ketidakstabilan negara oleh anasir yang membawa unsur fitnah dan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Beliau menyeru supaya portal atau media sosial bersikap lebih bertanggung­jawab dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan agar mempunyai akauntabiliti dan menjaga imej negara yang bakal mempengerusikan mesyuarat ASEAN tahun ini, katanya kepada sebuah Portal Pro Kerajaan semalam, Ahad. 

Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menegaskan tindakan Portal seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider melaga-lagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat mampu mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan rakyat. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, sesebuah Portal atau saluran berita harus memain pera­nan sebagai pembina kepada negara, bukan memecah belahkan rakyat. Pelaporan berita yang boleh mencetuskan huru-hara itu melam­bangkan cara mereka yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sumber informasi kepada masyarakat. Beliau berharap orang ramai akan sedar, jelak dan muak dengan portal-portal ini apabila mengetahui tujuan sebenar mereka yang hanya ingin mewujudkan perpecahan dan merugikan negara, katanya. Ada beberapa kemuskilan yang ingin IBM kongsikan bersama dengan para-pembaca di dalam isu ini. 

Pertama, mengapa harus bekas-bekas Menteri (tak payah sebut nama) yang telah bersara dan kini mengecap kekayaan, hidup senang lenang, tetiba berperangai seperti seorang tidak profesional atau dengan erti kata lain, seperti orang tak pergi Sekolah menghentam Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, seolah-olah ada komplot untuk menjatuhkan DS Najib. Kedua, kenapa segala ketidak puasan hati mereka dengan pentadbiran DS Najib mereka gunakan Portal Pro Pembangkang seperti di malaysiakini, Malaysian Insider dan beberapa portal lagi untuk mencurahkan segala kekecewaan mereka. Apabila ditanya, kata mereka, mereka hanya ingin mengingat dan menasihatkan Perdana Menteri supaya ubah cara pentadbirannya dengan lebih baik lagi. 

Tapi, IBM berangapan, apa betulkah caranya itu? Malah, apa yang IBM nampak, Pak-Pak Menteri ini yang satu ketika adalah orang kuat Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sengaja mencari jalan untuk menjatuhkan DS Najib. Untuk apa? Balas dendam? Maka, itu sebab Portal Pro Pembangkang begitu berani dan ghairah, terus-menerus menghentam, membuat provokasi dan menabur fitnah agar rakyat terus membenci pentadbiran yang ada sekarang dan ada yang bergembira bila DS Najib jatuh kelak.  Dalam hal ini, IBM nak tanya, siapa yang untung dan siapa yang rugi? Korang fikirlah sendiri. Wassalam ~ IBM

3 comments:

  1. Ingatkan posting ni nak membela agama, rupanya nak mempertahankan bos nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~SolitaireHunter,

      Salam,
      Sama le tu bro...mempertaahankan bos bermakna membela agama juga. Betul tak?

      Delete
  2. ibm~kung kalikung,

    Salam,

    Terima kasih. Blog tuan telah sdaya pautkan di blog saya. Selamat berjuang! Wassalam ~ IBM

    ReplyDelete