ADA beberapa perkara yang harus kita ambil kira dan buat kesimpulan akan kenyataan Setiausaha Agung PAS bahawa tanpa Anwar al-jub Pakatan akan lebih kukuh dan kuat. Menurut firasat Mustafa Ali, ketiadaan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat akan menjadikan pakatan pembangkang itu lebih kukuh. Lojiknya dari sudut mana ye? Atau, Pakatan memang tidak memerlukan lagi khidmat Anwar al-jub dan sudah bernikad tidak lagi bergantung harapan kepada ketua pembangkang akan akan berhijrah ke Sungai Buloh pada 10 Februari ini. Memang ramai pemimpin-pemimpin di dalam pakatan sudah mula muak dan kurang percaya pada Anwar. Bagi mereka Anwar sudah hilang 'nilai' dan 'kreabiliti' sebagai ketua pembangkang, dengan erti kata lain, sudah hilang taring. Namun, Setiausaha Agung PAS cukup cermat bila bercakap, berlapik dan tertib. Nak jaga hati kawan le katakan. Kata Pak Mustafa lagi, Anwar bukanlah alasan untuk PAS memutuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Itu (jika Anwar dipenjara) bukan sebab utama, malah, PR dilihat akan lebih kukuh katanya. Ini, katanya, di sebabkan mereka dalam PR bertanggungjawab meneruskannya (kerjasama), katanya bila ditemuramah oleh wartawan dan blogger pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Rabu. Beliau menjawab soalan wartawan sama ada PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan memutuskan Anwar dipenjarakan. Seperti yang umum tahu, Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan sembilan tahun lalu.
Mengulas lanjut Mustafa berkata, ketiadaan Anwar selaku pemimpin utama PKR bukan menjadi masalah kepada PAS. Anwar tak ada...Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, (Mohamed) Azmin (Ali) ada. Itu pimpinan mereka (PKR). Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang. Tak ada orang tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu mereka tubuhkan barisan alternatif dahulu pun Anwar masih di dalam (penjara), katanya. Itulah kata-kata orang yang ingin selamatkan (play safe) dirinya dari di persalahkan di kemudian hari. Politik 'selamat diri' namanya tu.
Lagi pun, Pak Mustafa ini adalah dari golongan kumpulan Anwarinas yang mendukung PASMA yang kini menjadi 'duri dalam daging' di dalam PAS. Apapun, bagi kita sebagai pemerintah, ada Anwar ke, tanpa Anwar ke, perjuangan hari diteruskan. Negara harus di tadbir dengan cara yang betul agar kita sebagai rakyat Malaysia mendapat menafaat daripadanya. Bagi IBM, Anwar dah tentu seorang peliwat. Wassalam ~ IBM
No comments:
Post a Comment