DUNIA semakin canggih, tapi manusia semakin menjadi-jadi dengan berperangai syaitan dan tak senonoh. Ada yang gila seks, mencabul, merogol, membunuh dan macam-macam lagi. Terbaru, seorang penjawat awam wanita Siti Maisarah Mohd Saad, 30, cedera parah di bahagian muka akibat diserang oleh seorang lelaki di sebuah bangunan kerajaan di sini malam kelmarin. Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam itu, mangsa cedera diserang oleh seorang lelaki yang juga bekerja sebagai juruteknik di bangunan berkenaan. Lelaki itu dipercayai cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa. Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan untuk meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan agar dia boleh meneruskan kerja lebih masanya di pejabat. Suspek yang berusia 30-an, yang menyedari mangsa berseorangan, naik ke tingkat pejabat mangsa di tingkat 24 dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa. Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka, menyebabkan mangsa dipukul oleh suspek di bahagian kepala sehingga berdarah (lihat gambar bawah).
Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan. Hasil dari tindakan segera, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis (Suspek berjaya diberkas oleh pihak berkuasa. Lihat gambar di atas). Syabas kepada yang berkenaan sehingga berjaya menangkap lelaki yang IBM boleh anggap sebagi 'gila seks' yang mana manusia seperti ini tidak mengira mangsa dan tempat. Kalau dia nak, dia akan lakukan tanpa mengira resikio dan akibatnya. Cuma, IBM nasihtkan kepada wanita-wanita yang berkerja supaya berhati-hati kerana musuh-musuh seks ini ada di mana-mana serupalah macam jenayah. Jenayah ada dimana-mana. Kepada orang awam pulak, sekira kejadian seumpama ini berlaku di depan mata atau secara kebetulan di minta bantuan oleh mangsa, janganlah buat keputasan secara melulu atau megikutkan nafsu, kerana pernah berlaku kejadian yang mana si penjenayah mati di belasah oleh orang ramai yang begitu berang dan marah di atas perbuatan si penjenayah tersebut.
Harus diingat, jika berlakunya kematian, walaupun tujuan kita hanya untuk membantu, tapi, jika silap langkah kita pulak yang kedalam, masak pulak kita nanti. Maka, barhati-hatilah. Jangan nak tunjuk lagak dan kuat kerana ada lagi pihak yang berkuasa dan berwajib berhak menyelesaikan kejadian tersebut. Tangkap si penjenayah dan serahkan kepada pihak yang berkuasa. Kita sebagai orang awan, hanya membantu sahaja. Wassalam ~ IBM
No comments:
Post a Comment