Pages

Friday, March 20, 2015

DEMI 'DENDAM POLITIK' AZMIN BATALKAN PROJEK KIDEX? JAHAT, MEMANG JAHAT SI AZMIN NI.

JUMAAT, 20 MARCH 2015

POLITIK OH POLITIK :
IBM berpendapat pembatalan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) lebih bermotifkan kepada politik. Dendam, dendam dari seorang kawan karib di dalam politik satu ketika dahulu, itulah Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor) kini telah menjadi 'musuh' ketat Azmin. Projek Kidex ini tercetus dari ilham Khalid Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau melihat jauh akan permasalahan rakyat. Tapi, setelah beliau jatuh dan disingkir dari Menteri Besar, akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. IBM tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak kepada Khalid Ibrahim, tapi, untuk jangka masa panjang, projek Kidex ini ada menafaatnya. Dik kerana bertukar tangan di dalam pengendalian pentadbiran negeri, maka, projek yang dijangka akan memudahkan lalu-lintas di Selangor ini khusunya bagi penduduk di Pucong terpaksa dibatalkan. Itulah keputusan yang telah diambil oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. Beliau tetap bertegas dengan pendiriannya untuk membatalkan pembangunan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan mahu masalah kesesakan di negeri ini diselesaikan dengan pengangkutan awam. Mohamed Azmin menyatakan pendirian itu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di pejabatnya semalam, Khamis. 

Katanya, kerajaan negeri dibawah pentadbiranya tidak berganjak dengan pendirian yang dibuat sebelum ini. Beliau mahu penyelesaian trafik di Selangor bukan menerusi pembinaan lebuh raya. Beliau akan menyerahkan pelan induk untuk memperbaiki pengangkutan awam kepada Kerajaan Pusat, bukan pembinaan lebuh raya, katanya. Pada 16 Februari lalu Azmin membuat yang mengejutkan dan mengumumkan pembatalan projek Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan. Mengulas lanjut, Mohamed Azmin memberitahu, perbinca­ngan semalam tidak tertumpu kepada isu Kidex sahaja tetapi turut membincangkan perancangan pembangunan infrastruktur bagi pengangkutan di Selangor. Azmin juga menyampaikan hasrat kerajaan negeri untuk bina pelan induk perancangan sistem pe­ngangkutan awam di Selangor dan laporan dokumen pelan ini akan disiapkan dalam enam bulan. 

Laporan ini akan dijadikan satu bahan dokumen untuk dikongsi dengan Kerajaan Pusat dan sekiranya ada cadangan Kerajaan Pusat bagi pembangunan bersifat infrastruktur seperti lebuh raya, kerajaan negeri boleh bincang berdasarkan pelan induk itu, ujarnya. Sementara itu, Fadillah bagi pihak Kementerian Kerja Raya berkata, pihaknya akan membawa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan hari ini ke Kabinet. Perbincangan hari ini menumpukan arah tuju pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya melibatkan projek dibiayai Kerajaan Persekutuan menerusi Selangor, katanya. 

Persoalannya, adakah keputusan yang dibuat oleh Azmin  itu betul atau keputusan yang menjurus kepada dendam politik yang tiada penghujungnya? Al-maklumlah politik yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menampakan kepentingan peribadi didahulukan. Kepentingan rakyat diketepikan. Banyak lagi projek-projek yang menglibatkan kepentingan rakyat dibatalkan atau sengaja dilambat-lambatkan oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali. Projek apa pulak selepas ini yang akan dibatalkan? Azmin dan kuncu-kuncunya sahaja yang tahu. Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM 

No comments:

Post a Comment