Pages

Saturday, March 21, 2015

DS NAJIB TERUS DISAYANGI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN BN. SOKONGAN TAK BERBELAH BAGI.

SABTU, 21 MARCH 2015
RAMAI dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang menyangka bahawa kepimpinan DS Najib Tun Abdul Razak akan menuju ke jalan kehancuran setelah banyak mendapat kritikan demi kritikan dari bekas-bekas pemimpin BN sendiri termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Kepimpnan DS Najib dikatakan begitu lemah sekali ekoran berbagai-bagai maslaah dalaman yang dibangkitkan oleh pembangkang. Tapi, pandangan dari pembangkang itu meleset sekali. Malah, DS Najib dilihat begitu bergaya dan diterima oleh para pemimpin BN yang lain. Berita terbaru, para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam menyuarakan sokongan penuh mereka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN. Bercakap bagi pihak semua pemimpin itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti komponen BN juga menyokong kepemimpinan Najib dalam melaksanakan program transformasi kerajaan untuk memacu negara ini ke arah mencapai wawasannya menjadi negara maju menjelang 2020. 

Kami akan sentiasa berdiri teguh di belakang beliau dan yakin dengan kepimpinan beliau, katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Parlimen. Pemimpin BN lain yang hadir pada sidang akhbar itu ialah Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem,Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas, Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, Presiden LDP, Datuk Teo Chee Kang, Pemangku Presiden UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau, Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing, Presiden PRS Tan Sri Dr. James Masing dan Presiden SUPP, Tan Sri Peter Chin Fah Kui. Tiong Lai berkata, keputusan menyuarakan sokongan itu diambil semua pemimpin parti komponen BN berikutan mesyuarat itu. Adenan berkata keputusan itu bersifat sebulat suara dan dibuat “bagi mengelak wujudnya sebarang spekulasi tentang BN”. 

Jadi,segala tomahan dan fitnah dari pembangkang yang sengaja melaga-laga pemimpin-pemimpin BN dengan Perdana Menteri adalah perbuatan yang sia-sia. BN bertambah kukuh, DS Najib masih disayangi dan diberi mandat untuk terus menerjui BN dan negara. Kepada pembangkang, bermimpilah disiang hari. Segala tomahan dan cuba jahat korang untuk meruntuhkan BN tidak akan kesampian. Sebaliknya, Pakatan Rakyat dilihat akan runtuh dimasa yang terdekat ini. Tungguuuuu. Wassalam ~ IBM

1 comment:

  1. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    ReplyDelete