SEMBANG BOLA :
PUAS. Walaupun menang tipis dengan jaringan 2-1, IBM bangga dengan pristasi pasukan kesayang IBM, Liverpool membenam sebuah pasukan yang kaya dengan pemain-pemain yang bertaraf bintang, Man City malam semalam. Tahniah kepada semua pemain-pemain dan pasukan Liverpool. Dengan corak permainan menyerang, The Reds, Liverpool terus garang membenam penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2 - 1 di Anfield tempat yang paling tidak disukai oleh pasukan Man City. Hadir dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan liga, Liverpool bermula baik dengan menjaringkan gol seawal minit ke-11 menerusi Jordan Henderson yang melepaskan rembatan lencong menewaskan Joe Hart. Begitupun, pasukan pelawat, Man City tidak mudah melatah apabila menyamakan kedudukan menerusi Edin Dzeko pada minit ke-25 dan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.
Beraksi dalam keadaan hujan, Hart sekali lagi dihukum menerusi sepakan lencong Philippe Coutinho pada minit ke-75 dan sekalipun lebih menguasai permainan, tiada jaringan mampu diledakkan City. Untuk rekod, Man City tidak pernah menang di Anfield sejak 12 tahun lalu. Dengan kemenangan tersebut, The Reds memperolehi 3 mata penuh serta membawa Liverpool ke tangga kelima liga. Man City kekal di tangga kedua tanpa mata. Kekalahan tersebut sedikit sebanyak mengugat Man City dari terus menghampiri pendahulu liga, pasukan Chelsea. Selamat maju jaya kepada Liverpool di perlawanan seterusnya. "You'll Never Walk Alone". ~ IBM
No comments:
Post a Comment