Pages

Wednesday, March 25, 2015

PANAS! SEMAKIN PANAS. DAP PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN HJ HADI, TAPI TAK SANGGUP KELUAR PAKATAN. KENAPA?

RABU, 25 MARCH 2015

POLITIK OH POLITIK :
NAMPAKNYA isu hudud diantara DAP dan PAS tiada penghujungnya. Ianya semakin panas dan panas. Masing-masing, DAP & PAS mempunyai hujang mereka tersendiri. Dan, ianya sudah sampai ketahap untuk memilih keluar dari Pakatan haram. Tapi, siapa yang akan keluar dari Pakatan. DAP atau PAS? Ianya masih jadi tanda-tanya dan sedasng diperhatikan oleh penganalisis politik tanah air dan parti-parti yang lain, termasuk Barisan Nasional (BN). Oleh kerana DAP begitu kecewa dengan sikap PAS, dikhabarkan DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pre­siden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. Setiausaha Agung DAP yang tak sedar diri dan masih belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng cuba mengungkit berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan ne­geri Selangor. 

DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Katanya, DAP telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepemimpinan Hj Hadi dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya, tapi, tidak dengan PAS. Menurut Lim  lagi ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman ini berlaku. HJ Hadi tidak jujur dan bermaruah, kaa Lim. Tindakan yang diambil sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) juga akan menyebabkan kedudukan majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam keadaan terawang-awang namun akan bertemu dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membincangkan masa depan DAP nanti, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Ekoran itu, DAP telah mengadakan satu mesyuarat tergempar CEC malam semalam bagi membincangkan kedudukan serta pendirian parti itu dalam pakatan pembangkang selepas PAS meneruskan pembentangan Rang ­Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Kelantan pada Rabu lalu yang diluluskan sebulat suara sehari selepas itu. 

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, partinya tetap berkeras menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Pengundi yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Yang melanggar dasar ini adalah PAS, tegas Lim. Dalam pada itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, Guan Eng turut mendesak Abdul Hadi me­ninggalkan pakatan pembangkang sekiranya masih bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di Parlimen. Menurut Guan Eng, sekiranya Abdul Hadi masih berdegil untuk meneruskannya, beliau harus melaksanakannya di atas kapasiti peribadi sebagai Ahli Parlimen dan bukan sebagai anggota pakatan pembangkang. Maka, IBM dapat membuat kesimpulan bahawa DAP masih memerlukan PAS di dalam Pakatan demi untuk mereka (Pakatan) menawan Putra Jaya kerana PAS dilihat memang sebuah parti yang senang dibuli, ditarik hidung dan di tunggung bak kaldai.

Tapi, pemimpin-pemimpin PAS tidak nampak atau pura-pura tidak nampak, maka, mereka (PAS) merelakan mereka di perlakukan sedemekian rupa. Dengan UMNO/BN PAS berdendam, tapi dengan DAP mereka berpelukan. DAP yang menolak hudud, UMNO pulak yang dikatakan tidak 'islamik' menolak hudud. Sekarang siapa yang menolah hudud sebenarnya? Fikir-fikirkan wahai umat Islam dan bangsa melayu sekalian. Wassallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment