POLITIK OH POLITIK!
SAMADA PAS ni biol atau tak erti bahasa setelah berulang kali diucapkan oleh sekutunya, PKR & DAPigs, bertegas menolak perlaksanaan hukum hudud. IBM tak faham, hairan mengapa PAS masih terhegeh-hegeh seperti peminta sedekah meminta simpati agar hudud diterima oleh kedua-dua rakannya dalam Pakatan. Dengan UMNO PAS begitu lantang menuduh bahawa UMNO 'tolak hudud'. Sekarang siapa yang tolak siapa? Semalam, dengan tegas dan serius Parti Keadilan Rakyat (PKR)mengambil pendirian yang sama dengan sekutunya, DAP apabila menyifatkan hukum hudud bukan perkara yang perlu diberikan keutamaan oleh mana-mana parti dalam pakatan pembangkang. Selain menyifatkan pelaksanaan hudud tidak sejajar dengan dasar bersama pakatan pembangkang. Perkara tersebut dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang ,mana beliau menyifatkan isu mengenai hukum Islam itu tidak perlu disegerakan buat masa ini sehingga mengatasi isu-isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang dianggapnya lebih penting.
Bagaimanapun, beliau menghormati hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu menerusi pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, esok. Sambil berdola-dalik untuk main selamat, sebagai seorang Islam, kita tidak menolak hukum hudud serta hukum-hukum Allah dalam al-Quran dan kita telah menyatakan pendirian itu dalam pakatan, kata Azmin. Tetapi ia (hukum hudud) bukan dasar bersama pakatan dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka sebelum ini menyatakan bahawa hukum hudud tidak perlu disegerakan kerana ia bukan dasar bersama Pakatan. Dasar Pakatan (pembangkang) ialah isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan perlu ditangani dahulu untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Jika isu-isu ini diberikan keutamaan, beliau percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mengingatkan parti-parti dalam pakatan pembangkang supaya tidak membuat sesuatu perkara tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis Pimpinan Pakatan terlebih dahulu pada masa depan. Pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan adalah melibatkan pindaan, bukannya satu undang-undang baharu. Enakmen itu telah pun diluluskan pada 1993 lagi sebelum pakatan diwujudkan. Jadi kita hormati keputusan Kerajaan Pas Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun untuk masa depan, sebarang cadangan baharu yang dibuat mestilah mendapat persetujuan daripada Majlis Pimpinan Presiden pakatan, kata Azmin. Sambil itu, IBM masih ingat pada 14 Mac lalu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan menyatakan parti itu berpendirian tegas serta konsisten bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan terkeluar daripada polisi bersama pakatan pembangkang. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 16 Mac lalu memberi amaran kepada DAP supaya berhenti daripada terus menghalang usaha parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Dan...bukan setakat Lim Kit Siang sahaja yang lantang dan tidak setuju dengan hukum hudud, malah ketua Pembangkang merangkap 'punahsihat' PKR yang dipenjarakan, Anwar Al-Jub pun pernah berkata bahawa perlaksanaan hukum hudud tidak ada di dalam 'buku Jingga' semasa mereka (pakatan) berkempen semasa PRU ke-13 yang lepas. Jadi, apa yang nak dihairankan. Cuma, PAS sahaja yang tidak sedar diri, muka tebal, terhegeh-hegeh masih mahu bersama Pakatan. Apa PAS dapat? Tepuk dada tanya selera. Wassallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment