SEMBANG-SEMBANG POLITIK :
TINJUAN dan kajian telah dibuat walaupun ianya tiidaklah beberapa tepat atau soheh, rakyat Malaysia yang ditanya mengenai kepimpinan masa hadapan mahukan pemimpin veteran daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk berundur dan memberikan laluan kepada golongan muda dalam parti masing-masing. Dalam satu tinjauan oleh Merdeka Center yang ditaja oleh sebuah portal pembangkang, mendapati, 62.6% daripada 1,008 responden bersetuju Anwar Ibrahim perlu berundur dan memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti. 58.3% pengundi Malaysia juga mahukan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meletak jawatan diikuti Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak (49.7%), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (46.6%) dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin (42.5%). Sentimen umum adalah kesemua mereka harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda. Hanya penyokong tegar yang mahu personaliti ini kekal, kata Pengarah Merdeka Center.
Menurut pengarah tersebut, kebanyakan pengundi muda mahu pemimpin lebih muda kerana pemimpin veteran dikaitkan dengan pertelingkahan dan kritikan dalaman tanpa sebarang penyelesaian, katanya yang memberikan contoh perdebatan isu hudud antara PAS dan DAP. Tinjauan itu juga menunjukkan Anwar yang reputasinya tercalar akibat sabitan dua kes liwat merupakan paling tidak popular di kalangan orang Melayu dengan 71.2% mahukan beliau berundur dibandingkan responden kaum Cina 50.3% dan India 48.1%. Lim hanya kurang sedikit popular berbanding Anwar di kalangan responden Melayu dengan 68.7% bersetuju beliau patut berundur berbanding 45.4% responden Cina dan 35.3% responden India. Pengarah itu berkata ketika rakyat berasa simpati kepadanya, mereka berasakan pada usia 67 tahun, Anwar patut berundur dan memberi laluan kepada pemimpin muda untuk membawa PKR kepada kejayaan lebih tinggi. Anwar seorang tokoh yang menjadi punca pecah-belah kerana selama bertahun-tahun beliau dikritik kerana tindakannya dan diserang di dalam media selama berdekad.
Disebabkan itu, ramai orang sama ada menyukainya atau membencinya, katapengarah tersebut. Ramai orang yang kenal dan menyokongnya ialah yang terlibat dalam demonstrasi reformasi dahulu. Selain itu, ramai pengundi muda pada hari ini tidak begitu mengenali Anwar, terutamanya sumbangan ketua umum PKR itu semasa berada dalam kerajaan dan mungkin tidak mempunyai kesedaran politik, katanya. Sementara Lim merupakan ahli politik yang berkhidmat paling lama di Malaysia. Beliau dipilih menjadi setiausaha organisasi DAP pada 1966 dan menjadi ahli Parlimen buat pertama kali pada 1969. Kajian itu mendapati ramai rakyat Malaysia mahukan Hadi kekal berbanding Lim dan Anwar kerana ahli Parlimen Marang itu menerima lebih sokongan daripada penyokong BN. Di kalangan penyokong PR, 52.5%, 51.3% dan 47% masing-masing mahukan Anwar, Hadi dan Lim berundur. Sementara itu, lebih daripada separuh penyokong BN mahu Najib (56.8%) dan Muhyiddin (59.2%) untuk kekal berkuasa.
Di dalam BN, kesetiaan kukuh kepada pucuk pimpinan kerana mereka menerima habuan. Sebaliknya, pemimpin PR tidak mampu memberi lebih kepada penyokongnya, kata pengarah tersebut. Tetapi secara keseluruhan, kita dapat melihat pengundi beralih daripada melihat personaliti kepada penyampaian ahli politik ekonomi dan hubungan lebih baik, memberi harapan dan tidak berasa takut. Kajian yang dijalankan kepada 1,008 responden di kalangan pengundi itu menggunakan kaedah temu bual telefon yang berlangsung di antara 21 hingga 30 Januari 2015 berdasarkan kaedah sampel rawak berlapis merentasi etnik, jantina, umur dan kawasan Parlimen. Semua kawasan yang ditinjau dan pemilihan responden dilakukan secara berkadar mengikut populasi sesuatu kawasan Parlimen itu. Apapun, itu hanya kajian/tinjauan, tidak boleh di ambil pakai. Tapi, IBM berpendapat jika ditanya oleh Merdeka Center, yang patut berundur ialah veteran-veteran dari parti pembangkang.
Mereka dah terlalu lama berpolitik dan memegang jawatan di dalam parti. Sumbangan mereka pun sudah terhad. Dah tua le katakan. Bagi parti kerajaan pula, pemimpin-pemimpin veteran di dalam Barisan Nasional (BN) di lihat masih mampu menyumbang dan memberi khidmat yang cemerlang. jadi, tidak timbul desakan atau paksaan supaya mereka berundur. Anda semua BAGAIMANA mana? Apa setuju dengan kajian yang telah dibuat oleh Merdeka Centre tu? Fikir-fikirkan kerana segala keputusan/gerak kerja, janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kerajaan adalah untuk rakyat jelata, bukan satu keputusan yang mengikut emosi seperti yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Wassalam ~ IBM
Buat juga tinjauan keperluan menaikan tahap umur persaaraan kakitangan awam
ReplyDeleteInsyallah...t.kasih ~ IBM
Deletesaya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete