Pages

Sunday, August 23, 2015

ALAHAI! BAIK SANGAT KE SI MAMAK PUTTEY SEKO NI??

AHAD, 23 OGOS 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA

ADA yang tanya IBM. Kenapa IBM asyik hentam mantan Perdana Menteri Tun Mahathir di dalam blog IBM. Jawapan IBM kepada mereka senang sahaja. Kalau Tun 'Zip' mulut beliau, IBM akan berhenti menulis atau menghentam beliau di blog IBM. Terus terang IBM katakan, IBM sayang dan respect Tun semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Beliau menjadi idola IBM untuk terus berjuang bersama Umno, parti keramat melayu ini. Tapi..sayang. Apabila melihat perilaku Tun selepas bersara dan mengkritik kepimpinan DS Najib seolah-olah dunia tanpa sempadan, IBM hilang respect dan hilang kepercayaan terhadap Tun. Ini kerana segala apa yang beliau suarakan di luar sana tu, seolah-olah beliaulah seorang pejuang yang benar-benar jujur, ikhlas. Beliau tak pernah buat salah. Beliau begitu sempura didalam segala-galanya. Tapi...dia lupa bahawa dia manusia biasa. Dia juga banyak membuat silap semasa menjadi Perdana Menteri. 

Ramai rakyat merana dan janji-janjinya kepada rakyat tidak beliau kotakan. Malah, bukan sahaja pembangkang, kita sendiri rakyat yang pro kerajaan nampak akan kepincangan Tun. Beliau begitu berkuasa dan begitu diktator bila memerintah. Segala undang-undang negara mesti mengikut cara dia. Kononnya pemerintahan beliau mengikut 'Demokrasi'. Itu semua pembohong. Tun tidak mengamalkan demokrasi semasa beliau memerintah. Semua orang tahu. Hari ini, mengikut kata Tun Demokrasi adalah lebih dari sekadar kebebasan bersuara. Kononnya beliau kesal terhadap undang-undang yang kini telah 'terbalik'. Jika ada yang menyiasat telah ditahan, dan mereka yang disiasat boleh memberikan arahan, jadi terbaliklah. Sepatutnya adakan siasatan, kenapa hentikan (mereka)?. Itulah luahan hati Tun kepada pemberita yang merujuk kepada siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sedang berjalan. 

Tun ditemui ketika hadir dan menjadi tetamu kehormat pada majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) semalam, Sabtu.Turut hadir sama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menerima ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sains Perubatan) sebagai menghargai sumbangan dan kepimpinannya dalam bidang kesihatan awam, sains perubatan dan pengetahuan serta kaedah menghindari kegiatan penyalahgunaan dadah. IBM terbaca didalam blog beliau, chedet.cc pada 10 Ogos lalu, yang mana Tun menulis  bahawa demokrasi di negara ini telah 'mati'. Tapi..itu adalah anggapan seorang bekas pemimpin yang sudah bersara kerana bagi IBM, beliaulah (Tun) lah yang 'membunuh dan mematikan amalan demokrasi' di negara ini. Beliau mudah lupa segala apa yang beliau lakukan dahulu. Kalau nak dibongkarkan, banyak skandal-skandal yang membabitkan Tun di zaman era pemerintah beliau. Tak payah IBM nak sebut satu persatu. 

IBM yakin, pembangkang akan mencungkil semuanya itu sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU ke-14 nanti. Jika ianya benar-benar berlaku (tapi, tak mungkin. Minta-mintak tidaklah) itu adalah gara-gara dan angkara si mamak Puttey seko ni yang masih lagi bercakap dan memburuk-burukkan kerajaan yang ada sekarang. Bagi pandangan korang lah, baik sangat ke si mamak puttey seko ni? Korang fikirlah sendiri. IBM dah letih menulis pasal dia ni. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TUN SUDAH LUPA YANG MANA HALAL DAN YANG MANA HARAM"

11 comments:

  1. Mulut cow kureng ajar, malah cow tidak diajar oleh mak bapak cow cara menyebut nama orang, Cow cuma segelintir cow yang tidak ada akai, apa gunanya cow sebagai manusia yang dilahirkan ibukow menjadi seorang yang kureng ajar, meaningful orang dengan tidak ada nilai sebagai cow seorang manusia, PM pun tidak panggil Manusia yang berjasa saperti Itu. Memang cow tidak diajar semuanya oleh ibubapak cow...kasihan mereka...minta ampun dan maaf sebelum yang cow panggil manusia dengan perbagai nama dibakar lidah cow dineraka nanti. Insyallah.

    ReplyDelete
  2. x jadi kudis pun kpd Tun kalo admin kutuk dia, malah kudis tersebut merebak kpd admin kerna x mendapat sambutan, dgn blog statik pun, admin bolih kalah dgn Tun, itu lum wat road show lagi.

    ReplyDelete
  3. jangan ingat dengan posting mcm ni akan mengembalikan sokongan penyokong umno atau yang atas pagar... phethetic you admin.... kurang ajar.... awak benar2 menghancurkan hati penyokong umno... bersedialah kita untuk hancur bersama dalam pru14... tiada jalan balik lagi, yang tinggal hanyalah jalan kehancuran... jangan salahkan penyokong TDM atas kerja buat tangan2 bloger bangang ....

    ReplyDelete
  4. Salam kepada yang memberI komen,
    Tak payah lah kita marahkan tuan punya blog kerana itu hak beliau untuk meyuarakan apa yang terpendam dihati beliau.Beliau sendiri mengaku sangat respect dgn sayang kat TUN ketika TUN menjadi pm dulu.Tapi tu DULU... nah sekarangTUN dah takde jawatan segala respect dan sayang dicampakkan ke longkang,Sepatutnya kita jika benar-benar ikhlas menyanjungi TUN kerana jasa-jasa BELIAU pada bangsa, ugama dan negara tak haruslah kita memfitnah TUN walaupun kita tak bersependapat lagi dgn TUN.

    Sekian salam sehati sejiwa dari singapura buat TUAN ADMIN YANG SUNGGUH BUDIMAN


    ReplyDelete
  5. ibm ~ katakana puru,

    Aiikkk...marte nampak. IBM tilis ni adalah pandangan peribadi IBM yg mana segsla apa juga yg Tun mamak meroyan diluar san tu memang dah tak relevan lagi. Tun lupa dia bukan lagi pemimpin no 1 negara. Elok beno le cow nasihatkan si mamak puttey tu 'Zip' mulut dia. Tak kemana perginya 'meroyan' semamak kuttey tu...huhuhu..

    ReplyDelete
  6. ibm ~ manmisai,

    Memang pun x jadi kudis. tapi...kesian le si mamak tu. Penant dia melalak ke-sana-sini bak anjing menyalak bukit....bukit x runtuh pun....huhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. ibm ~ adib hakeemi,

    Betul tu. T.kasih diatas pandangan cow tu. IBM setuju sangat. Kalau le Tun duduk diam2..bersara dgn caras terhorhormat, tidak meroyan dan menggangu tugasa org...IBM rasa dan sudah mestinya org akan kenang jasa beliau. tapi...dia yg cari pasal. ..fikir2kan.....maka, Tun harus 'bertaubat' dan 'Zip' mulut tu. Jgn celupar sangat kerana akan membinasakan diri sendiri....ERa Tun tiada internet..kini internet boleh membunuh 'politik' seseorang. apatalah lagi Tun yg semakin di kejar senja....huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe KEPADA TUAN ADMAIN YANG SUNGGUH BUDIMAN,

      Sekadar nak tahu je,TUAN ADMIN ni muda lagi ke?Dan lagi satu saya nak tahu ketika parti keramat orang melayu yang saya sayangi ni (walaupun saya orang luar dan bukan ahli)diharamkan sewaktu dahulu siapakah yang telah membukanya semula?Mohon pencerahan sedikit dari TUAN ADMIN YANG BUDIMAN.

























      Delete
  8. ibm ~ nonbal,

    Tak jadi kudis?..hehehe...betul le tu. tak nampak kudis pun di badan Tun tu...tapi...kudis sebenarnya sudah ada & menyangkati diri Tun..kudis buta kerana Tun kini telah dibutakan oleh dirinya sendiri & pembangkang demi utk tujuan politik pembangkang. Kudis Tun kudis yg sengaja dicari2 kerana, setelah 'ber4sara' Tun sepatunya berehat atau membantu pemimpin2 yg ada skrg bagi meneruskan agenda negara dari segi pembangunan & ekonomi. Ini tidak...mercu, meroyam mengikut rentak pembangkang...kesian Tun diperkuda2kan oleh pembangkang....cow x nampak ke tu semua?

    ReplyDelete
  9. ibm ~ adib hakemei,

    Salam. Jgn persoalkan saya ni tua ke muda. Nak tanya tuan pulak. tuan tahu ke sejarah atau cerita sebenarnya knp parti keramat org melayu ini diharamkan satu ketika dulu? Biar saya beritahu. Tapi...bukan terperinci & pjg lebar. Tak cukup tempat saya nak menaip nanti. Puncanya dari kelemahan pentadbiran tun Mahathir sendiri. dialah punca segala2nya. Dan berpecahnya buat seketika sehingga ujud 'semangat 46' adalah gara2 Tun M. maka, kesimpulanya di sini, Tun M bukanlah seorang pemimpin Umno yg berjaya, malah dialah punca perpecahaan org2 melayu sehingga kini. Dia pernah dipecat dari Umno kerana tamak, tidak setia kpd pemimpin...tapi, nasib dia baik. He make a come back. Berjaya dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. tapi...apalah yg org2 melayu dpt dari 22 tahun Tun menjadi PM? yang kaya raya adalah Cina2, seperti vincent Tan, Robert Kuok, Eric Chia yg melingkupkan Perwaja Steel...apa jadi dgn projek BAKUN di Sarawak? dan byk lagi...anda nampakkah itu semua?...Tun M adalah pemusnah ekonomi negara...itulah pencerahan ringkas saya. anda belum ahli UMNO kan?.....oh! ruginya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh!gitu kisahnya ya,Pelik jugak eh kalau dah diharamkan siapa pula yang menghidupkan nya kembali?Kira-kira ni umno baru lah coz yang asli dah dibubarkan?

      Delete