Pages

Tuesday, August 18, 2015

BERSIH 4 BERI KELAINAN? KONONNYA ADA PENYERTAAN PEMIMPIN UMNO? SIAPA LE AGAKANYA??

SELASA, 18 OGOS 2015
SEKALI dengar sembang depa ni (BERSIH) ketak juga lutut dibuatnya. Ianya seolah-olah satu perhimpunan yang kan berjaya 'mengulingkan' kerajaan Barisan Nasional (BN). Apatah lagi  dikhabarkan ada penyertaan dari pemimpin-pemimpin Umno. Apa betul ke sumber tersebut? Wallahwalam. Mengikut kata seorang penganalisis politik, sorang Pensyarah pulak tu, yang makan gaji dengan Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik, Perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, bakal membawa kelainan apabila ia dijangka akan turut disertai pimpinan dan penyokong Umno. Beliau berkata demikian susulan tindakan penganjurnya menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar bawah kanan) menyertainya, selepas beliau mengatakan tidak ada masalah dengan perhimpunan itu. 

Kita mungkin akan menyaksikan satu kelainan dalam Bersih kali ini, iaitu kehadiran para penyokong Umno sendiri. Dan tidak mustahil kita akan dapati ada pimpinan Umno turut serta. Persoalanya di sini, apa betul ke Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed turut menerima undangan daripada BERSIH untuk menyertai perhimpuna tersebut dan kenapa? IBM malas nak komen lebih mendalam lagi. Kita tunggu dan lihat nanti akan perkembangan seterusnya. Apakah benar dakwaaan tersebut. Kita tunggu dan lihat pada 29/30 Ogos yang akan datang ini. Adalah mereka pemimpin-pemimpin Umno betul-betul sudah hilang akal menyertai dan menyebelahi pembangkang, sama-sama kita tunggu nanti. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"JAUHI DARI BERSIH KERANA MEREKA BUKANLAH SEBERSIH MANA PUN"

No comments:

Post a Comment