Pages

Monday, August 17, 2015

BERSIH 4 DITEMPELAK OLEH KPN. TAK ADA TEMPAT LAIN KE NAK BERDEMO?

ISNIN, 17 OGOS 2015
ADA otak ke tidak 'BERSIH' ni? Nak buat demostrasi besar-besaran, tapi, tempat dan masanya? Mereka tak terfikir ke itu semua? Apa depa ingat negara ini  bapak depa yang punya. Kenyataan Polis hari ini berkata, dengan sasaran 100,000 peserta, perhimpunan BERSIH 4 lebih sesuai diadakan di Stadium Bukit Jalil. Itu yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Katanya, Dataran Merdeka dan Padang Merbok tidak sesuai digunakan mereka memandangkan ia disiapkan untuk sambutan Hari Merdeka. Lagi pun saban tahun kita menyambut merdeka di situ, kenapa beria-ria nak buat di situ pada 29 dan 30 Ogos? Tak ada tempat lain, kenapa nak di situ juga? Saja nak cari pasal kot. Macam le Malaysia ini tak ada tempat lain, kata Tan Sri Khalid. Dengar khabar kononnya 100,000 (orang) akan datang, jadi Stadium Bukit Jalil yang paling baik untuk menempatkan 100,000 orang. 

Takkan nak letakkan 100,000 orang di Padang Merdeka itu?" kata Khalid dalam satu sidang media di Bukit Aman hari ini, Isnin. Sementara itu, Tan Sri Khalid berharap penganjur BERSIH lebih rasional dan praktikal dalam menentukan keputusan pemilihan tempat untuk himpunan. Beliau turut memberi amaran kepada BERSIH agar jangan cuba-cuba nak 'mengguling kerajaan' melalui demonstrasi jalanan. BERSIH perlu berhati-hati kerana mereka sekarang bukan nak menuntut pilihan raya bebas, mereka dah tersasar tujuan dengan nak jatuhkan kerajaan pula. Beliau ingin beri amaran kepada mereka, bukan melalui demonstrasi jalanan, ini adalah kesalahan serius dan kita akan ambil tindakan pencegahan. Jangan ingat kita berdiam, kita tidak sekali menghalang apa juga aktiviti kebebasan bersuara tetapi mesti mengikut undang-udang," kata Tan Sri Khalid. Khalid turut menasihati BERSIH agar perlu berhati-hati dalam kenyataan mereka. Kita memantau setiap minit dan saat sebarang cakap atau kenyataan mereka," katanya. 

Tan Sri Khalid berkata BERSIH telah memberi notis kepada OCPD Dang Wang tetapi malangnya notis itu tidak lengkap. Maka, katanya BERSIH masih belum mendapat kebenaran pemunya tempat himpunan itu. Tan Sri Khalid dimaklumkan mereka akan mengemukakan notis yang lengkap sama ada hari Jumaat atau hari ini. Beliau juga dimaklumkan bahawa mereka akan bertemu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok untuk memohon sama ada mereka dapat menggunakan tempat yang mereka pohon itu. BERSIH kata Tak Seri Khalid tidak  perlu bertemu beliau, mereka kena jumpa OCPD kerana undang-undang kata mereka perlu memohon kepada OCPD mengenai tempat himpunan," jelasnya. Apapun, ibm yakin, sasara BERSIH untuk mengumpulkan 100 ribu orang tidka akan kesampian. 

Sama seperti BERSIH yang lain, cakap je ramai, tapi....gagal. Rakyat dan muak dengan demostrasi bodoh mereka itu. buang masa je. Kita lihatlah nanti apa kesudahannya. Kepada pihak Polis, bertindaklah dengan tegas. Jangan diberi muka sekiranya pendemo-demo gila (BERSIH) berkelakuan ganas dan menganggu kenteteraman awam. Sifat ganas bukanlah budaya negara kita. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
INGAT BERSIH INGAT LONGKANG. BERSIH BUSUK MACAM LONGKANG"

No comments:

Post a Comment