SEMASA berkempen di pilihan raya (PR), bermacam-macam janji kepada rakyat. Itu percuma, ini percuma. Kata mereka, merekalah perjuang rakyat dan akan menjadikan negeri Selangor ini negeri 'berkebajikan'. Tapi...apa jadi sekarang? Semuanya sudah terbalik. Bertimbun-timbun masalah dan kesengsaraan rakyat tidak dibela. Isu terkini yang hangat diperkata di Selangor ini ialah masalah 'air'. Kerajaan Selangor boleh dianggap mengkhianati janji manifesto mereka dalam 2 kempen pilihan raya umum yang lalu sekiranya pemberian air percuma kepada semua penduduk negeri itu dibatalkan, Itu kata dan luahan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata pada masa sama, tindakan sedemikian juga akan mempamerkan ketidakupayaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam mencapai keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kewangan negeri.
Ia bakal menyerlahkan ketidakupayaan Menteri Besar (Azmin Ali) mencapai keseimbangan serentak antara menyediakan kusyen dalam mengharungi kenaikan kos sara hidup dan memastikan belanjawan berimbang dan pengumpulan rizab berterusan. Sumber dari Berita Harian melaporkan bahawa ini sangat bercanggah dengan ura-ura kononnya pemberian air percuma akan dinaikkan pada 40 meter padu sebaik penstrukturan selesai seperti diumumkan Menteri Besar Disember lalu, katanya (Azmin Ali) seperti dilaporkan akhbar itu. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya menghukum seluruh rakyat Selangor hanya kerana segelintir pengguna tidak memanfaatkan program yang menelan belanja RM120 juta setahun itu. Katanya, kredibiliti pembangkang sebagai kerajaan negeri juga akan turut dipersoalkan kerana program berkenaan diperkenalkan mereka sendiri.
Azmin pada Isnin lepas berkata, Selangor mahu meneliti semula pemberian air percuma 20 meter padu sama ada program itu benar-benar menepati hasrat asal yang bertujuan membantu rakyat. Menteri Besar (Azmin) Selangor itu berkata, kerajaan negeri menerima rungutan program yang menelan belanja RM120 juta setahun itu tidak dimanfaatkan sebilangan rakyat. Jadi, siapa yang manafaat dalam isu air ini? Apapun, itu hanya alasan. Alasan untuk menutup segala kesilapan dan janji-janji palsu yang hanya dilaksanakan untuk sementara sahaja. bila dapat kuasa, Inilah jadi. Akibatnya rakyat tertipu dan tertipu. Habis, kepada rakyat negeri Selangor, adalah korang masih lagi nak mengundi atau memberi sokongan pada kepada Pakatan Haram ini? Fikir-fikirkan kerana silap dengar, silap memangkah, korang semua kan menderita seperti sekarang ini. Air oh Air. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM.
"INGAT AIR, INGAT SELANGOR. RAKYAT TERTIPU"
No comments:
Post a Comment