KHAMIS, 06 OGOS 2015
MEMANG sukar untuk di percayai akan cakap-cakap dan janji orang-orang politik ni. Apa tah lagi dari pembangkang. Hari ini kata lain, esok cakap lain. Cakap tak serupa bikin. Inilah yang IBM cuba tekankan terhadap kenyataan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Katanya, beliau bersetuju dengan cadangan supaya satu peraturan yang jelas diwujudkan bagi mengkehendaki semua parti politik mendedahkan sumber dana yang diterima mereka. Seterusnya, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, proses mewujudkan peraturan itu harus dibincang di peringkat Dewan Rakyat. "Kita sedia untuk ada satu peruntukan yang jelas untuk maksud tersebut (dedahkan sumber dana politik) dan ia perlu dibincang di Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfiri anjuran bersama Pemerbadanan Menteri Besar dan Darul Ehsan Investment Group di sini, Rabu.
Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan mencadangkan semula usaha mewujudkan peraturan yang mengkehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik yang diterima bagi membiayai pergerakan mereka. DS Najib berkata, cadangan itu bagi membolehkan parti politik bersikap lebih telus dan jujur dalam pengurusan dana serta sumber yang diperolehi, walaupun sebelum ini ditolak oleh pembangkang khususnya DAP. Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor mengulangi kenyataan dibuat sebelum ini bahawa PKR bersedia mendedahkan maklumat dana politik sekiranya perlu. Katanya, parti itu bersedia sejak awal lagi dan tiada masalah berbuat demikian kerana ia seiring dengan dasar parti. Bagai IBM, tiada masalah bagi pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendedahkan dana yang mereka dapat.
Tapi...pembangkang boleh ke? Ada ketelusan ke dari mereka (pembangkang) dan berani ke penyalur-penyalur dana dari Syarikat-Syarikat yang besar yang selama ini mendapat projek besar-besar dari kerajaan? Mereka-mereka ini telah dikenal pasti adalah penyumbang dana kepada parti pembangkang. Memang sial mereka-mereka ini. Dapat projek dari kerajaan, bersengkokol pulak dengan pembangkang. Tiba-tiba nama-nama mereka dikeluarkan sebagai penyumbang dana bagi pihak pembangkang. Mana nak letak muka mereka? Tembelang mereka terbongkar. Huhuhuhu...itulah realitinya yang mana IBM berani berkata, pembangkang tidak akan beranai mendedahkan punca dana politik mereka. Percayalah. Ini bukan kerana pembangkang taka ada 'telor'...tapi demi menjaga maruah mereka. Fikir-fikirkan. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM
No comments:
Post a Comment