Pages

Monday, August 24, 2015

SENANG-SENANG MAHASISWA NI DIBELI. MEMANG. MEMANG 'SEWEL' LE DEPA NI...

ISNIN, 24 OGOS 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

INILAH trend anak-anak muda dari golongan mahasiswa dan belia sekarang ini. Masa untuk mereka belajar disalah gunakan. Mereka lebih suka mendengar hasutan dari orang luar terutamnya pembangkang. Terang-terang mahasiswa ini di peralatkan oleh pembangkang yang mengamalkan'politik songsang'. Sedih apabila mendapat tahu sekumpulan mahasiswa hari ini mengadakan demonstrasi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Menamakan diri mereka “Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara”, Apa yang nak mereka selamatkan ni? Macam negara nak berperang pulak. Tak faham, memang tak faham. IBM difahamkan, kumpulan itu berarak kira-kira 1.5km bermula dari Bank Negara hingga ke Dataran Parlimen. 
Mereka bermandikan hujan, mereka bersorak pelbagai slogan 'Anti Najib dan berikrar terus tinggal di situ sehingga mendapat jawapan daripada Perdana Menteri DS Najib sendiri. Alasan kumpulan mahasiswa itu berdemo antaranya tidak puas hati sekitar kontroversi 1MDB, Syarikat pelaburan negara cetusan ilham DS Najib. Demonstrasi bermula pada jam 2.30 petang. Poster dipamer antaranya gesaan “Selamatkan Negara” dan “Katakan tidak pada diktator, perasuah dan penindas”. Memang dah siwel depa semua ni. Elok di panggil "Mahasewel". apa tidaknya, berdemo bukan mengikut kata hati mereka, tapi mengikut arahan dan telunjuk pembangkang. IBM dapat berita mereka-mereka (Mahasiwa) yang berdemo itu dibayar. Siapa yang bayar, kurang pasti. 
Persoalanya, adakah demonstrasi tersebut dapat menyelesaikan isu kontrovesi 1MDB yang diperbesar-besarkan oleh pembangkang? Sedangkan mereka (pembangkang) juga ada isu yang lebih besar dan hebat daripada 1MDB. Isu DEIG. Kenapa Mahasiswa tidak ambil pot tentang isu dan skandal tersebut? Ini melibatkan duit rakyat, rakyat negeri Selangor. Dah dibayar untuk tutup mulut kot. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"NEGARA AMAN TANPA MAHSISWA YANG KINI SEWEL"

1 comment:


  1. HARUS DI TONTON. PERKARA2 YANG ASKAR MALAYSIA TELAH LAKUKAN TANPA ANDA SEDARI.

    https://youtu.be/yxS84elN76k

    ReplyDelete