Pages

Friday, August 14, 2015

TUN M KENA 'SOUND' KAW-KAW DENGAN PAK HABIB. 'ZIP MULUT' TU...

JUMAAT, 14 OGOS 2015
29 SYAWAL 1436H
PADAN muka Tun. terlalu 'celupar'. Akhirnya di malukan dan di 'sound' kaw-kaw oleh seorang penulis politik veteran yang mana beliau meminta supaya  Tun Dr Mahathir Mohamad "zip mulut" daripada terus mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Nama yang tidak asing lagi, sebagai seorang penulis buku, Syed Hussein Alattas berkata, memandangkan Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, maka bekas pemimpin itu sepatutnya berhenti daripada "bercakap"Malah, Syed Hussein atau dikenali sebagai Pak Habib mendakwa, selama menjadi ketua negara, Mahathir juga telah gagal kerana tidak berjaya mengubah nasib bangsa Melayu. "Bagitau dia (Mahathir) untuk zip mulut dia. Beritahu Tun, beliau, Syed Hussein suruh Tun tolong tutup mulut. Anda sudah puas bercakap. 22 tahun anda jadi Perdana Menteri, apa pun tak boleh bikin (buat). Tun Mahathir tak boleh mengubah Melayu. Tun gagal. Dia adalah kegagalan terbesar dalam politik Malaysia," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran bukunya bertajuk 'Dosa-dosa Che Det' di kediamannya di Janda Baik, Bentong Pahang semalam. Selain itu, Syed Hussein turut melahirkan rasa simpatinya terhadap DS Najib yang berdepan dengan pelbagai serangan. Dia (Najib) anak manja, tak terfikir pun nak jadi Perdana Menteri. Dia cuma bernasib baik. Semua jawatan dia bertanding dia menang. Tiba-tiba kena serang macam ini. Kesianlah dia," kata Syed Hussein. Syed Hussein yang telah menulis 74 buah buku mengenai politik, juga meminta supaya masyarakat memberi peluang kepada Najib untuk terus mentadbir negara. 

Beliau juga meminta supaya Mahathir hentikan niat jahat beliau supaya tidak "membunuh" karier politik Najib dengan  terus membuat kritikan. Tun Mahathir manusia, Ds Najib pun manusia biasa juga. Mana manusia tidak membuat silap. Itu pandangan ikhlas dari saya, IBM yang rata-rata menyokong apa yang disaran dan diluahkan oleh Pak Habib. kepada Tun, enough is enough. Sekali lagi, kami yang sayangkan UMNO dan sayangkan Tun juga menasihatkan Tun supaya kembali kepangkal jalan. Tentang buku baru yang ditulis oleh Pk Habib bertajuk 'Dosa-dosa Che Det', insyallah IBM akan dapatkan segera. Tak sabar nak baca. Korang pun patut beli. Baca jangan tak baca. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TUN MAHATHIR HARUS BERTAUBAT" 

12 comments:

  1. mohon pak habib cermin muka dalam mangkuk tandas....

    ReplyDelete
  2. dah 74 buah buku ditulis tapi nasib melayu begitu juga....bagi tahu Pak Habib, anda dah tua dan merapu....ZIP TANGAN dan MULUT tu....dah berdekad menulis, tak ada pencapaian apa pun...melayu hancus jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Habib kena KAW KAW dengan ore kelante....ZIP TANGAN tu.....muahaha, kahak hijau

      Delete
  3. Suratkabar lamaaaaa.
    Suratkabar lamaaaaaaaaa.
    Hidup dan makan dia atas cerita mcm ni.
    Ni....dah abis duit la ni.Tu yang tulis utk cari fulusss

    ReplyDelete
  4. mengata diri sendiri,apa jasa ko pak habib?

    ReplyDelete
  5. Hiss korang jgn kutuk pak habib ni;apakah korang lupa jasa-jasa dia pada negara;selama ni Malaysia maju dan berjaya adalah disebabkan pak habib bukannya TUN M.Sape lah TUN M ni kan dimata hati rakyat Malaysia dan termasuk aku sekali dari singapura.

    ReplyDelete
  6. ibm ` kpd semua,

    Terima kasih di atas kemen2 yg bernas. Bagi pandangan inm, apa yg ditulis oleh Pak Habib ada fakta2 yg jelas dan boleh diterima pakai. Tun yg Mahathir yg sebenarnya harus 'cermin diri'. Dia dah lupa dia bukan lagi PM. Maka, elok bebeno le Tun M duduk diam2 kat rumah, tanah bunga, rehat dan main dgn cucu-cucu tu. Jgn nak pening2kan kepala kerana setiap kali Tun bersuara, akan mengeruhkan lagi keadaan. Tun harus
    bertaubat'...Tun sudah tidak relevan lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taubat orang kita nampak,taubat kita apahal pulak?Kita sebagai muslimin tak kira usia harus menegur jika kemungkaran ada didepan mata.Jgn gelap mata bila ditabur dgn wang ringgit sehingga yang salah dikatakan betul.

      Delete
  7. Ahai dengki nampaknya...tu hari ngate aku
    Habib ni sapa....ultraman, batman, cicakman.....oooo nujuman

    Hantar kat muzium pun reject dia ni

    ReplyDelete