BAK Kata perpatah "Siapa Nak Mengaku Bereak Di Tengah Jalan'. Betul tak?. Itu sudah menjadi amalan dan lumrah dunia. tiada siapa yang mengaku bila dia berbuat salah. Begitu jugalah didalam isu 'Taikun' Malaysia tuan punya Kumpulan Berjaya, menafikan sekeras-kerasnya beliau terbabit menyalurkan dana berjuta-juta kepada parti pembangkang bagi tujuan pilihan raya (PR). Kalau betullah, soalanya IBM, kenapa dan mengapa? Dan IBM yakin pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog pro kerajaan, Mykmu memang ada bukti dan butir-butir yang soheh dan boleh di guna pakai. Ini bukan soal fitnah atau mengada-gadakan cerita, tapi, dengan faktnya.
Memang, memang itulah yang kita terima apabila Pengerusi Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan dengan tegas menafikan bahawa beliau menyumbangkan wang kepada parti-parti pembangkang. Penafian dan penafian. Katanya, dakwaan bahwa beliau mahupun Kumpulan Berjaya menyalurkan sehingga berbilion ringgit kepada pembangkang dalam adalah tidak benar. Jelas sekali bahawa dakwaan itu khayalan penulis semata-mata dan ditulis untuk tujuan sensasi dan boleh menjejaskan hubungan baik Kumpulan Berjaya dengan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Apapun, siapa boleh sangkal penafian tersebut? Tulisan IBM ni pun hanya sekadar apabila terbaca dari rakan blog yang lain.
Oleh itu, mari sama-sama kita berfikir samada apa yang didedahkan oleh pembangkang akan keburukan, kesilapan kerajaan selama ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi relevan? Fikir-fikirkan, kerana orang-orang seperti Vincent Tan dan ramai lagi yang mendapat bahan kekayaan dari hasil kerajaan yang dahulu iaitu kerajaan BN juga, kini dalam diam-diam seolah-olah menikam dari belakang orang yang menaikkan nama dan mertabat mereka satu ketika dahulu. Mana silapnya? Apa kata /komen Tun M dalam hal ini? Nak dengak jugak. hehehe. Sama-sama kita tunggu. Negara kini dalam bahaya. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM
No comments:
Post a Comment