Pages

Thursday, September 10, 2015

POLIS CARI PENYEBAR BERBAUR 'PERKAUMAN' DAN MENGHASUT?? CARI JANGAN TAK CARI.

KHAMIS, 10 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

BETUL ke menghasut? Kalau setakat viralkan ke dalam facebook, tulis didalam blog, itu bukan menghasut namanya. Kecuali kalau tulisan tu berapi-berapi dan mengutuk bangsa lain. Bagi IBM itu perkara biasa di alam cyber ini. kerana semua orang dah tahu. Pembangkang lagi teruk. "Bapak" segala penyebar fitnah dan menghasut. Berita Polis akan menyiasat sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada 16 September ini, siasatlah. Itu hak dan tugas mereka (Polis). 
Sumber dari Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana cubaan menghasut. Setakat ini, polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan, dan polis menganggap perhimpunan ini melanggar undang-undang.
Sehubungan itu, pihak Polis meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan itu, seperti yang disiarkan dalam media sosial tersebut. Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat itu, katanya.
Maklumat mengenai perhimpunan itu telah menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan laman blog tempatan. Bagi IBM itu perkara biasa. Zaman IT, dunia tanpa sempadan. Wassalam. Dari saya ~ IBM
"SEMANGAT 'BAJU MERAH' SEMANGAT KEMELAYUAN. TIDAK GENTAR"

1 comment: