Pages

Monday, September 14, 2015

BERSHIT 4:0 BOLEH. ' HIMPUNAN MELAYU BAJU MERAH' TAK BOLEH PULAK!!

ISNIN, 14 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
DEPA (bangsa cina) nak tutup kedai ke pada 16 September (Rabu)  itu depa punya pasal. Perhimpunan 'baju merah' tetap diteruskan. IBM dapat berita hari ini sebanyak 773 penjaja dan 500 pekedai di Petaling Street bersetuju untuk menghentikan perniagaan selama sehari pada 16 September ini bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berikutan 'Himpunan Rakyat Bersatu'@'baju merah' yang dikatakan bakal diadakan di kawasan itu. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee Jp, berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 September lalu. 


Sebanyak 90 peratus peniaga di sini telah mengambil keputusan untuk menutup perniagaan pada hari berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, katanya kepada pemberita pada program 'walkabout' anjuran NGO bersama ketua komuniti dan peniaga di Petaling Street, hari ini. Disamping itu masih berharap agar berharap pihak penganjur membatalkan perhimpunan berkenaan kerana banyak perniagaan di kawasan terlibat akan terjejas kerana terpaksa ditutup sepanjang hari. Beliau berkata perhimpunan yang bercorak perkauman itu tidak bersesuaian dengan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk. Lebih 50 wakil daripada 20 NGO menyertai program berkenaan untuk beramah mesra dengan peniaga serta penduduk di kawasan terbabit. 

Persoalanya, kenapa Pengerusi Persatuan penjaja dan Peniaga kecil serta badan-badan NGO yang lain tidak menasihati dan melarang kumpulan BERSHIT 4:0 untuk tidak berhimpun di dataran Merdeka semasa di ambang menyambut 'Hari Kemerdekan' yang baru lepas? Jelas BERSHIT 4:0 tidak langsung menghormati dan menghayati hari 'kemerdekaan'. Kenapa hanya memandang kepada 'Hari Malaysia" ini sahaja? Kalau BERSHIT 4:0 boleh, himpunan melayu pun boleh. Betul tak? Dengan itu, ayuh, jom semua kita ramai-ramai sertai program 'Walkabout' bersama 'himpunan  melayu bersatu@baju merah' pada 13 September ini (Rabu). Kita jalan-jalan je. Wasallam. Sekian dari saya ~ IBM

"JOM KITA RAMAI-RAMAI 'WALKABOUT' DI BUKIT BINTANG DAN JALAN PEKELILING"

1 comment: