Pages

Thursday, September 3, 2015

DANA RM2.4 JUTA KEPADA BERSIH 4 AKAN DIDEDAHKAN TAK LAMA LAGI. TUNGGUUUU!

KHAMIS 03 SEPTEMBER 2015


SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

DARI mana dan siapa penderma RM2.4 juta kepada BERSIH 4 untuk penganjuran perhimpunan haram itu di ibu kota pada Sabtu dan Ahad lepas akan didedahkan tidak lama lagi. Tunggu!. Walaupun Penganjur Bersih 4.0, Nonya Maria Chin Abdullah begitu angkuh dan enggan mendedahkan kepada polis mengenai akaun derma bernilai RM2.4 juta yang diperoleh pihaknya untuk penganjuran perhimpunan haram itu di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu, pihak Polis dan yang berwajib ada cara untuk mendapatkannya. Sebelum itu, menerusi maklumat yang IBM dapat, Nonya Maria dengan lantang berkata, beliau mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan dan bersedia ke Mahkamah sekiranya didakwa. 

Mengikut kata Maria lagi, sepanjang proses siasatan beliau telah beri kerjasama penuh kepada polis, tetapi beliau juga menjalankan hak untuk tidak menjawab semua soalan, katanya ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan yang diberikan kepada pihak polis hari ini berhubung perhimpunan Bersih 4.0. Pada hari yang sama, turut diambil kenyataan ialah enam lagi aktivitis propembangkang yang juga terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu iaitu Timbalan Pengerusi Bersih 4.0, Sarajon Huda Abdul Hassan, Bendahari, Masjaliza Hamzah, Ahli Jawatankuasa, Farhana Halim dan Fadiah Nadwa, Ahli Sekretariat, Mandeep Singh serta aktivis pelajar, Adam Adli. Kesemua mereka hadir pada pukul 10.30 pagi dengan ditemani 10 peguam antaranya, Datuk S. Ambiga, Latheefa Koya dan Eric Paulsen dan selesai memberi keterangan kira-kira dua jam kemudian. 

Siasatan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 120, Seksyen 124C dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyembunyikan rancangan untuk melakukan suatu kesalahan, cuba menimbulkan dan mengganggu gugat demokrasi berparlimen di negara ini serta mengadakan perhimpunan haram. Mandeep turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998. Apapun, keengganan Maria supaya  berkerjasama dan mendedahkan dari mana sumber dana tersebut memang telah dijangka. Tapi, pihak Polis ada caranya. Cuma belum masa dan ketikanya untuk didedahkan kepada pengetahuna umum walaupun ada desas-desus menyatakan bahawa dana tersebut dibayai oleh kumpulan Yahudi, tapi belum pasti kesohehannya. 

Jesteru, IBM berharap kepada pihak yang berwajib, dedahkan, dan dakwa mereka-mereka pengkhianat negara yang suka melihat negara ini menjadi huru-hara. Nonya Maria, Nenek Ambiga, siap korang. Nak menjatuhkan kerajaan bukan itu caranya. Tunggu PRU ke-14 nanti. Kita tengok siapa kena, siapa yang tumbang. Ayuh kita bertarung di gelangang yang sebenarnya. Bukan dengan membuat 'demonstrasi jalanan' yang haram, tanpa permit. Itu bacul namanya. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM

"BERSIH YANG TAK SEBERSIH MANAPUN. OTAK MEREKA JUGA TIDAK BERSIH, KUNING"

No comments:

Post a Comment