Pages

Saturday, September 5, 2015

DELIMA DALAM PAS. BAI'AH SENJATA MEMAKAN PAS

SABTU, 05 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

RAMAI yang berpandangan tindakan PAS menjadikan ‘talak’ sebahagian daripada kandungan 'baiah' untuk menjadi calon pilihan raya parti itu kini menjadi senjata memakan diri. Malah, ramai para ulama dan penganalisis politik berpendapat tindakan tersebut memperlihatkan isteri pemimpin PAS ibarat barang mainan yang boleh ditukar ganti, selain direndahkan martabat mereka. Ramai yang sedih dan bersimpati bagi pihak mereka (isteri wakil rakyat PAS). Mereka seperti barang, seolah-olah dijadikan alat politik. Ada yang berkata kasihan pada isteri wakil rakyat PAS.
Mereka ini jadi barang permainan, menjadi tukar ganti. Seolah-olah tidak ada harga diri, tidak ada perasaan dan tidak boleh membuat keputusan sendiri serta perkara ini paling merendahkan martabat wanita, Itu sumber yang IBM dapat hari ini, bukan IBM kata ye. Ramai yang tahu isu baiah ini timbul dan menjadi hangat selepas sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS mengumumkan menyertai kumpulan baru melalui Parti Amanah Nasional (AMANAH). Ia bercanggah dengan baiah (sumpah) diucapkan calon PAS di negeri tertentu sebelum menyertai pilihan raya iaitu akan jatuh talak ke atas isteri masing-masing jika meninggalkan parti berkenaan. 
Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz cerai talak tiga, seperti kes didakwa melibatkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, Dr Hatta Ramli. Pertikaian semakin panas selepas Menteri Besar Kelantan - juga Timbalan Mursyidul Am PAS - Datuk Ahmad Yaakob yang mengesahkan pernikahan Dr Hatta secara automatik terbubar. Apa yang IBM difahamkan kalau dibawa ke Mahkamah pun ia akan diterima. Isteri tidak tahu apa-apa dan kalau mereka tahu sekali pun mereka tidak ada kuasa sebab yang buat keputusan adalah parti dan juga suami mereka. Bagaimanapun, menurut sumber, isteri wakil rakyat PAS boleh merujuk perkara tersebut ke Mahkamah bagi mendapatkan kepastian berhubung status mereka. 
Namun, itu terpulanglah kepada mereka jika merasakan sebaliknya. Kalau mereka akur dan percaya ia betul, maka tidak boleh berbuat apa-apa. Secara lojiknya, IBM berpendapat sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam PAS tidak sewajarnya berbuat demikian kerana tindakan mengenakan sumpah baiah beserta talak mempersendakan agama. Parti ini menggunakan Islam sebagai satu permainan politik. Itulah padahnya jika kita mempermainkan agama. Seeloknya politik tidak dicampur adukan dengan agama. Tapi, bagi PAS apa yang mereka buat adalah betul semuanya. Nasib koranglah PAS! Wasallam. Sekian dari saya ~ IBM
"INGAT BAIAH INGAT PAS"

No comments:

Post a Comment