Pages

Saturday, September 12, 2015

ISU DEIG KEMBALI PANAS. AZMIN DIMINTA JANGAN BERDALIH LAGI

SABTU, 12 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

PANAS! Isu DEIG kembali panas dan kini sedang hangat diperkatakan. Azmin, Menteri Besar Selangor semakin 'panas buntut'. Semalam, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, sebenarnya tia­da keperluan untuk Mohamed Azmin Ali menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG). Malah katanya, semasa era pentadbiran beliau, tiada sebarang cadangan ma­­hupun perbinca­ngan dibuat mengenai keperluan DEIG kerana Selangor sudah mempunyai Perbadanan Menteri Besar (MBI). Selain itu, tegasnya, dari segi konsep pula penubuhan DEIG menyebabkan kerajaan negeri dilihat cuba bersaing dengan pihak swasta, sedangkan ke­adaan tersebut tidak sepatutnya di­benarkan berlaku.

Sebenarnya tak payah (tubuh DEIG). Dulu pun sudah banyak ditubuhkan Syarikat di bawah MBI tetapi tidak dapat diuruskan dengan baik. Mengikut kata Tan Sri Khalid, di zaman beliau menjadi Menteri Besar, mereka fokus kepada memperkukuhkan MBI. Untungnya MBI ini berbanding entiti baharu, badan ini bukan Syarikat, jelas Khalid. Jadi kita tidak perlu bayar cukai dan duti setem, semua pendapatan terus kepada kerajaan negeri, katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk-Eko 2015, semalam. Penubuhan DEIG yang menguruskan aset bernilai RM30 bilion sebaik sahaja Mohamed Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid mencetuskan pelbagai kebimbangan banyak pihak.

Oleh itu, IBM berpendapat, kerjasama yang erat diantara pemimpin UMNO dengan Tan Sri Khalid hendaklah diujudkan. Keluarkan bukti dan fakta-fakta yang jelas, relevan yang boleh megaitkan si Azmin degan is DEIG ini. Pemimpin seperti Azmin ini tidak diperlukan memimpin negeri Selangor. Dia kata orang UMNO 'korup'. Tapi, dia lagi lebih. Bapak segala 'korup'. Kepada rakyat Selangor, bangkitlah, bersuaralah kerana itu adalah duit korang. Berbeza dengan isu 1MDB yang di politik dan disalah tafsirkan. Pembangkang yang memperbesarkan isu 1MDB tersebut. Fikir-fikirkan. Pemikiran yang matang membuat sesebuah negeri itu di takbir dengan betul. Insyallah. UMNO/BN boleh!. Wassalam. Dari saya ~ IBM 

"GAGAP BUKAN SEBARANG GAGAP. KHALID GAGAP MASIH RELEVAN"

1 comment: