Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Sehati Sejiwa Dan Salam Aidil-Adha
MEMANG patut si pengkhianat ini di tahan kembali. Manusia perosak seperti dia ni memang elok diajar. Semalam diberitakan bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditangkap semula petang semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), berpotensi berdepan dengan kemungkinan berbulan-bulan dalam tahanan, kata sumber. Ini kerana di bawah Sosma, Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua UMNObahagian Batu Kawan, boleh ditahan selama 29 hari.
Menurut sumber lagi, selepas ini, jika beliau memang didakwa, tidak akan ada jaminan, maka Khairuddin akan ditahan reman sehingga akhir perbicaraan itu, yang boleh mengambil masa beberapa bulan. Tapi, walaupun Khairuddin dibebaskan selepas perbicaraan itu, pendakwa raya boleh memfailkan rayuan dan memohon untuk menahan remannya sehingga selesai rayuan itu, jelas Syahredzan. Pada asasnya, jika mereka (pihak berkuasa) mengambil jalan ini, maka Khairuddin mungkin berada di dalam tahanan untuk masa yang sangat lama, katanya sumber.
Seperti biasa Peguam Eric Paulsen yang mewakili Khairuddin membuat komen bahawa penggunaan 'Sosma' terhadap Khairuddin adalah jelas satu penyalahgunaan undang-undang yang "zalim" itu. Menurut Paulsen, Sosma bertujuan untuk "mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan" untuk keselamatan persekutuan, dan tindakan itu sepatutnya untuk sementara sahaja. Bagi IBM, apapun komen dari Peguam si Khairuddin, pihat yang berwajib telah menjalankan tugas mereka kerana si Khairuddin ini dilihat membuat kesalahan yang boleh memudaratkan negara sekali gus mengundang dari campur tangan pihak asing, terutama negara Amerika Syarikat.
Apa yang IBM tahu, penangkapan awal beliau (Khairuddin) adalah kerana disyaki bertindak untuk 'mengulingkan kerajaan' berhubung bukti berkaitan dengan skandal 1MDB yang diserahkan kepada pihak berkuasa Switzerland, di London, Hong Kong dan Singapaura. Apa motif sebenanrya Khairuddin berbuat demekian? Sumber juga mengatakan penahan Khairuddin di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Beliau juga dilaporkan telah dijadual untuk mengadakan pertemuan dengan Biro Penyiasatan Persekutuan di Amerika Syarikat, yang telah dilaporkan membuka siasatan terhadap 1MDB. Khairuddin telah dibebaskan petang semalam tetapi ditangkap semula oleh pihak polis, kali ini di bawah Sosma. Baguslah tu. Moga Khairuddin tenang dan aman disana semasa beliau ditahan.
Biar dia berfikir panjang samada apa yang beliau buat ini benar-benar menafaat kepada beliau, dan apa ganjaran yang beliau dapat? Mungkinkah ada penaja dibelakang beliau?Ini berkaitan untuk 'mengulingkan kerajaan'. Dah pasti ada. Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya kes ini. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
No comments:
Post a Comment