Pages

Wednesday, September 9, 2015

KOMPLOT JATUHKAN PM : NURUL JANDA MUDA, TONY PUAKA NAFI TERLIBAT. BIASA LE TU!!

RABU, 09 SEPTEMBER 2015


SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA


SUDAH menjadi asam garam Pakatan haram menafikan apa yang mereka kata dan telah lakukan. Mereka kaki fitnah, kaki spin dan mereka 'bapak' segala pakar. Semalam, Naib Presi­den PKR, si janda muda ,Nurul Izzah Anwar dan Se­tiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua@Puaka  menafikan terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka juga menegaskan tidak pernah bertemu dengan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo. Nurul Izzah berkata, beliau ti­dak pernah menjanjikan kontrak ber­nilai AS$2 juta atau RM8.65 juta kepada Justo dalam kontrak kerajaan akan datang apabila pembangkang berkuasa. Bagi pandangan IBM, ini isu besar. Isu yang melibatkan maruah negara dan komplot tersebut adalah 'pengkhianat' negara. 


Kita semua tahu, kerja-kerja jahat seperti ini adalah kerja pembangkang. Mereka 'berak' dimerata-merata tempat, menabur fitnah, tapi menafikannya. Begitu juga dengan kes untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Sebaliknya, Ahli Parlimen Lem­bah Pantai itu menuding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikatakan menggunakan media yang dikawal kerajaan untuk mengelakkan diri daripada isu dana RM2.6 bilion. Bukan setakat itu sahaja, si janda muda ini menuduh itu adalah cubaan terdesak media kawalan BN untuk melarikan di­ri daripada isu sebenar skandal Sya­rikat 1Malaysia Development Ber­had (1MDB) membabitkan Perdana Menteri. Seperti biasa, setelah tertekan, si janda muda dan Tony Puaka memberi tahu mereka sudah mengarahkan peguam mereka untuk memulakan prosi­ding undang-undang terhadap New Straits Times (NST) dan Be­rita Harian, katanya seperti dilaporkan se­buah portal pro pembangkang semalam. 

Semalam juga beberapa akhbar mendedahkan, butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk penga­kuan bertulis yang dibuat atas ke­re­laan sendiri, mendedahkan Nu­rul Izzah berminat membeli data mengenai lMDB yang dicurinya pada tahun 2011. Nurul Izzah dikatakan sanggup membayar wang tunai berjumlah AS$2 juta bagi mendapatkan dokumen berkenaan. Tapi, apabila bocor segala rahsia, pemimpin pakatan haram ini, Nurul dan Tony Puaka menafikannya. Biasa le tu. Penafian  dari mereka berdua itu memang kita dan jangka. Itulah permainan politik 'songsang' dia orang. Apapun, kita mahu pihak berwajib menyiasat akan kesohehan isu berkenaan. Bagi IBM, pengkhianat seperti dua ekor pemimpin pakatan haram ini tidak boleh dimaafkan. Merbahaya dan akan memudaratkan negara. Perlu diambil tindakan segera. Fikir-fikirkan. Wasallam. Dari saya ~ IBM

"NEGARA AMAN DAMAI TANPA PEMBANGKANG YANG RAKUS, GILA KUASA"

No comments:

Post a Comment