SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
IBM setuju dengan pendirian yang dibuat oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang mana beliau tidak gentar dengan ancaman DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri kerana khutbah Aidiladha yang mendakwa DAP menentang Islam. Menurut beliau, khutbah tersebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam “Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu. Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan dan sebagainya, kata Mufti Pahang hari ini, Selasa.
Beliau menjawab soalan mengenai tindakan DAPigs kelmarin yang menggesa JAIP memohon maaf berhubung teks khutbah Aidiladha itu. Melalui Pengerusinya DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dilaporkan memberi masa lima hari sehingga Rabu ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang. Menurut Abdul Rahman, beliau sedih dengan tindakan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar parti itu dan tidak menghormati institusi Islam. DS Dr Abdul Rahman rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan ahli agama dan institusi Islam ini, namun mereka pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf, katanya.
Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang itu, umat Islam dinasihat supaya terus bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang semakin ketara. Perpecahan itu kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti UMNO, PAS, PKR dan ditambah dengan Parti Amanah Negara (Amanah) malahan ada dalam kalangan umat Islam yang menyertai DAP secara terang-terangan menentang Islam. Teks khutbah yang dibaca oleh Abdul Rahman di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 itu turut mengingatkan umat Islam supaya bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka.
Abdul Rahman berkata, kandungan dalam khutbah berkenaan adalah benar dan bukannya berbaur fitnah serta telah merujuk kepada al-Quran iaitu ayat 28 Surah Ali Imran. Menurutnya, surah berkenaan menjelaskan larangan orang mukmin berpihak kepada orang kafir dan menjadikan mereka teman setia dengan meninggalkan orang mukmin. Kandungan dalam khutbah Aidiladha bukan hasutan seperti didakwa DAP tetapi kita hendak berdakwah dan memberitahu kepada orang Islam lain mengenai perkara yang sudah dinyatakan dalam al-Quran. Seterusnya Mufti Pahang itu mengajak kita mengimbas dan melihat dalam beberapa isu seperti hudud sebelum ini, mereka (DAP) menentangnya sekali gus menolak hukum Islam sedangkan Islam tidak pernah menafikan hak orang lain walaupun Islam adalah agama Persekutuan di Malaysia, katany DS Dr Abdul Rahman.
Maka di sini, IBM ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Mufti Pahang kerana tidak takut dan gentar akan ugutan DAPis Pahang supaya meinta maaf di dalam isu tersebut. Persoalanya, siapa yang membocorkan teks Khutbah tersebut kepada DAP? Atau adakah ahli-ahli DAP dari kaum melayu ada bersama ketika sembahyang Aidil-Adha pada hari tersebut? Kalau tak ada, agak menghairankan jugaklah. Takkan bangsa Cina ada bersama pada ketika itu? Ada musuh dalam selimut kot? Wasallam Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
"PERLU DIINGAT DAPIGS ADALAH MUSUH ISLAM NO 1 NEGARA"
No comments:
Post a Comment