Pages

Monday, September 7, 2015

PERHIMPUNAN 'BAJU MERAH' PADA 16 SEPTEMBER INI DIBATALKAN?? POLIS TIDAK BENARKAN??..APA KE JADAHNYA!!

ISNIN, 07 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
PERSOALANYA, jika BERSHIT 4 boleh, kenapa kumpulan 'baju merah' ini tidak boleh? Takut kecoh? takut gaduh? Apabila BERSHIT meneruskan juga perhimpunan mereka, tidakkah pihak Polis takut kekecohan akan berlaku? Pihak Polis harus berfikiran terbuka dan tidak 'double' standard. Kumpulan 'baju merah' bukan hendak mencari gaduh. Hanya berarak bagi memprotes akan tindakan BERSHIT 4 menggangu ketenteraman awam dan membuat provokasi untuk menjatuhkan kerajaan. Tidak setakat itu, berlaku pula insiden 'memijak' gambar pemimpin kita yang beragama Islam. Kan melampau namnya tu. IBM rasa, kumpulan 'baju merah' tidak sampai ke tahap itu. 

Maka, amat-amatlah kecewa jika Pihak polis tidak membenarkan rancangan kumpulan 'baju merah' untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 16 September ini. Alasan kerana bimbang mengenai isu keselamatan, itu alasan yang tidak boleh diterima. Hari ini Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. menjelaskan pihak Polis tidak akan membenarkan perhimpunan berikut. Kenapa? Bagaimanapun katanya sekiranya terdapat kemungkinan perhimpunan itu dibenarkan untuk diteruskan, polis akan memastikan ia tidak mengganggu ketenteraman awam. Ditanya sama ada pihak polis menerima apa-apa permohonan daripada pihak penganjur, DS Nood Rahid berkata beliau perlu menyemak mengenainya. 

Apa yang kita semua harapkan supaya pihak Polis tidak mengubah pendirian mereka. Perarakan tersebut bukan turun untuk 'berperang', cuma nak mengingatkan kepada kaum Cina supaya jangan kurang ajar serta menghormati pemimpin yang ada sekarang. Berdemo di jalanan demi untuk menjatuhkan kerajaan bukan budaya negara ini. Gunakan saluran yang betul. Ini Malaysia, bukan China, bukan Hong Kong, bukan Taiwan, bukan Amerika Syarikat. Ada faham. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM

"MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

1 comment:

  1. munkin kerana tekanan dari pembayar gaji ke dua....sebab dah mula cuak dgn kebangkitan melayu akan menjejaskan bisnes mereka...tu pasal yg makan gaji kedua kena bersuara...

    ReplyDelete