Pages

Tuesday, September 15, 2015

PKR PAKAR 'TIKAM BELAKANG'. TAPI, PAS MASIH TAK SEDAR DIRI

SELASA, 15 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

MANA ada sikap hormat-menghormati sesama kawan di dalam pakatan haram. Apatah lagi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perasaan hormat pada kawan hanya mereka terjemahkan apabila tiba musim pilihan raya (PR). Begitulah yang PKR lakukan terhadap parti Islam Se Malaysia (PAS) sekarang ini. PKR seolah-olah merasakan mereka tidak perlu menjaga hati sekutunya, PAS apabila memandang mudah polisi untuk ti­dak menerima ahli daripada parti lain dalam pakatan pembangkang. Sifat semula jadi PKR yang arif dan pakar 'tikam Belakang' terus diterjemahkan kepada PAS. 


Tapi, Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali, sebaliknya berkata perkara itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan asalkan semua parti dalam pakatan pembangkang mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Huhuhu...pandai sungguh si Azmin bersendiwara. Kesian PAS yang jadi mangsa. Apabila diminta jelaskan kekecewaan dan kekesalan yang diluahkan oleh Dewan Pemuda Pas berhubung tindakan PKR mengkhianati polisi ti­dak menerima ahli daripada parti rakan seperti dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini, Azmin hanya tersenyum. tiada perkatan yang terkeluar dari mulut Azmin. 

Semalam, di akhbar-akhbar tempatan, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu, tindakan berkenaan dilihat bercanggah dengan pendekatan pihaknya selama ini yang tidak menerima ahli-ahli dan wakil rakyat daripada PKR meskipun terdapat segelintir daripada mereka berminat untuk menyertai PAS sebelum ini. Tapi, PKR ada kesah ke? Seperti yang  kita semua maklum, kelmarin (Ahad), Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan rasa bangganya mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib me­nyertai parti berkenaan, PKR. 

Maka, terbuktilah PAS sekali lagi dipermain-mainkan oleh bekas rakan kongsi mereka, PKR dan terbukti juga bahawa PKR adalah pakar 'Tikam Belakang'. PAS, masih tak sedar diri, terhegeh-hegeh mahu bersama didalam pakatan haram. PAS memang jenis 'muka tak tahu malu'. Dan......PAS memang 'bacul'. Wasallam. Dari saya ~ IBM

"PAS DIKALDAIKAN OLEH RAKAN KONGSINYA, DULU, KINI DAN SELAMANYA"

No comments:

Post a Comment