Pages

Saturday, September 19, 2015

RAFIDAH CAKAP IKUT SEDAP MULUT. DAH NYANYUK JUGA KE??

SABTU, 19 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
TAK kena batang hidung dia bolehlah cakap banyak. IBM hairan kenapa Pak-Pak Menteri, Mak-Mak Menteri yang dah 'bersara' seperti Veteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz ni cakap tak serupa bikin dan tak pakai otak. Semasa menjadi Menteri dulu, tidaklah selantang mana pun. Mereka kini seolah-olah menjadi 'seteru' serta menentang kerajaan. Rafidah Aziz dilihat seperti orang yang hilang pendoman. Sekali lagi menggunakan laman Facebook beliau meluahkan perasaan tidak senang terhadap kecaman berbaur perkauman yang dilontarkan semasa perhimpunan di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia, walaupun beberapa rakan daripada parti itu cuba mempertahankan perhimpunan itu. Beliau menegaskan, tiada rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum pun yang perlu menanggung sebarang prejudis kerana nenek moyang semua orang di negara ini merupakan pendatang dari merata pelosok dunia. 
Beliau rasa sedih bagi pihak ramai kawan bukan Melayu, terutamanya Cina, ramai darinya merupakan rakan sekolah rendah beliau, apabila beliau menonton video dan melihat gambar mereka yang mengecam komuniti Cina, tulis Rafidah hari ini. Kepada bekas Mak Menteri seko ni, IBM cuma nak beritahu. Kalau kaum lain seperti Cina dan India ingin dihormati, maka mereka juga perlu menghormati bangsa Melayu. Apa rasanya jika gambar si Rafidah ni apabila gambar dia atau keluarga beliau di pijak? Marah, panas hati tak? Kalau IBM kata si Rafidah ni dah nyanyuk, janganlah marah pulak. Beliau (Rafidah) harus sedar bahawa 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' pada hari Rabu yang lepas bukanlah 'berbaur' perkauman. Tapi, ianya merupakan amaran orang -orang Melayu apabila maruah mereka tercemar. Gambar pemimpin mereka dipijak. budaya apa namanya tu? Rafidah dah lupa budaya melayu kot?
Adakah Rafidah ini juga dari golongan 'Mamak' Kutty iaitu Tun Mahathir?. Jangan menyunding jari kepada satu pihak. Rafidah harus tahu bahawa kaum Melayu adalah kaum yang amat-amat bersopan dan menghormati bangsa lain. Maka, janganlah buat komen yang bukan-bukan seperti 'perempuan tua' yang sudah nyanyuk. Baik jaga keluarga, cucu-cucu. 'Zip' mulut tu. Apa lagi yang Rafidah mahu? Dah jadi Menteri balik ke? Korang fikirlah sendiri. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUDIHATIKU.

4 comments:

  1. Wahai saudara yang dihormati, bawa-bawalah mengucap. Tak baik asyik kutuk Tun Dr Mahathir dengan gelaran yang tak bermanfaat kepada agama kita. Takut nanti turun bala saudara pun melingkup sama cam perawan Bugis itu. (maaf yee, politikus yang saudara idolakan itu yang menggelar diri dia sendiri. Kami hanya mengiktirafkan sahaja.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~army of Khalifah,

      Salam.
      T.kash di atas komen/teguran sdr. Yg patut bawa mengucap bukannya saya. Tun Mamak yg dah tua dan nyanyuk tu. apa dia ingat dia tu malaikat ke? Zaman dia dh berakhir. duduk diam2, 'zip' mulut tu...suruh dia 'bertaubat'. Apa dia ingat negara ini dia yg punya ke?...fikir2kan....

      Delete
  2. skurang2nya dia nie dh brbakti lame kt msia ni...byk jasa...zmn mntri2 lame bwh Tun dlu...smua amn...xde mslh antra kaum..ekonomi ok...rkyt xla mmbebel n trbeban ngn kos sara hdup...smpai nk bli umh pon mmpu tgk jek x mmpu mlik...mlg nyr msia ni skrg...mntri2 yg ade x lyk pon jd mntri...kaki bodek...sape yg komen pm lbih2 snang2 jek naik pgkt jd mntri...even org yg pnh smpah nk jd kn krstian as agama rasmi msia pon pm lntik jd mntri-paul low...so ktne slamtnye msia nie skrg? kalo org2 yg ancam ngara dr plbagai sdut d bwk msuk dlm kbinet utk tdbir ngara..??? pm jnj 1mdb akn dslesaikn dlm ms 6 bln...ms brjln...tp pnylesaian x nmpk pon...ko pk rkyt nie puas ht ker sgt ker ngn gov skrg esp pm??? hmpunan bj merah yg katenye RAMAI sgt tu...smua yg g tu trpkase?dpkse?smua yg brhmpun tu mngundi ker????
    blogger2 pon rmai yg bodek pm skrg ni...come on laa...bhgia sgt ker kalo hdup mngampu???
    lg satu...ko xyh laa nk ktuk Tun tu mmk kutty ke pe...cmne pon ko ktuk Tun..dia ttp spesel kt ht org2 bwh nie....Allah tu adil....kte tgk jek laa blsn Allah cmne nnt...kuase Allah lg power @ kuasa manusia lg hebat...

    TIPAHKOTAKEMUNING

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~yul kkab,

      Kami blogger1 pro k'jan bukan kaki bodek. Kami hanya hairan pd manusia2 ni yg satu ketiak dulu mengecap nikmat apabila memeggang jawatan di dalam k'jaan (Menteri). tapi, bila dah bersara, pandai pulak komen. Semua k'jaan buat skrg ni ta betui belaka. Masa depa jadi Menteri dulu, betui semua ke?....fikir2kan....blogger hanya menyarakan apa yg ta betui...kami bukan Menteri, tapi kami rakyat yg prihatin....ada faham ka?

      Delete