Pages

Tuesday, September 29, 2015

TANGKAP KHALID JAAFAR, KATA JMM

SELASA, 29 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
KALAU di Thailand, IBM rasa manusia bernama si Khalid Jaafar dah mati ditembak, dan dah jadi arwah. Tapi, naib dia baik kerana di Malaysia ini masih ada budi bicara, termasuk dengan undang-undang yang sedia ada. Sikap kerajaan kita yang agak lembut, dan undang-undang yang kita ada masih lagi boleh diperlekehkan, ini yang membuat Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) Wilayah Persekutuan begitu marah, geram dan tiada pilihan lain selain dari mendesak pihak polis supaya menangkap dan menyiasat ketua kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor, Khalid Jaafar di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). 
Ini bukan semata-mata soal dendam, atau dendam politik, tapi JMM membuat gesaan itu ekoran penyebaran video oleh Khalid Jaafar yang didakwanya berunsur hasutan bertajuk 'Hak Orang Syiah Harus Di Pertahankan'. IBM bersetuju dan sependapat dengan Ketua pengarahnya, Faizan Mohd Nor mendakwa kenyataan Khalid itu cukup berbahaya terhadap keselamatan negara dan menimbulkan kecelaruan di kalangan penganut agama Islam sendiri. Maka, untuk tidak perkara itu memudaratkan kepada semua orang, JMM mengesa dan minta tindakan tegas diambil kepada Khalid Jaafar sebagaimana tangkapan terhadap Ayah Pin dan pengikut ajaran Syiah yang lain. 
Itu kata Faizan  MOhd Nor apabila  ditanya oleh para pemberita di luar pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur, hari ini. JMM hadir ke IPD Dang Wangi sekitar jam 2.45 petang tadi bagi membuat laporan polis terhadap satu video Khalid pada 2013 yang dimuat naik dan diviralkan di media sosial yang didakwa jaringan itu boleh memesongkan akidah umat Islam. Oleh itu, elok benarlah manusia seperti si Khalid ini ditahan dibawah akta seperti yang disebut diatas tadi. Selagi manusia jenis ini berkeliaran bebas, maka keancaman negara bertambah serius. Hentikan segara, tangkap si Khalid ini sebeberapa segera. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
"TIADA TEMPAT FAHAMAN DAN PENYEBARAN SYIAH DI NEGARA INI"

No comments:

Post a Comment