Pages

Wednesday, September 2, 2015

UMNO DAN PAS BERGABUNG? ALHAMDULILLAH!

RABU, 02 SEPTEMBER 2015

SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

TANDA-TANDA penyatuan orang-orang Melayu UMNO dan PAS sudah mula menampakkan hasil. Selama ini Melayu UMNO dan PAS memang sukar untuk bersatu apatah lagi 'duduk semeja'. Semalam, buat pertama kali dalam sejarah, penyokong UMNO dan PAS hari ini bersama-sama membuat laporan polis terhadap sikap biadab peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 yang memijak gambar Presiden kedua-dua parti tersebut. Sejarah bermula di Kelantan apabila laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok itu bertujuan mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap individu yang memijak gambar (seperti gambar dibawah) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan haram tersebut kelmarin. 

Malah penyokong kedua-dua parti itu bersama-sama melaungkan ‘hidup UMNO’, ‘hidup PAS’, ‘lenyap DAP’ dan ‘Bersih biadab’ ketika berarak keluar dari IPD tersebut sejurus laporan polis dibuat. Laporan polis itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak manakala PAS diwakili oleh Pengerusi Lujnah dan Media Baharu Pas kawasan tersebut, Zainudin Awang Hamat yang juga bekas ADUN Limbongan pada pukul 12.20 tengah hari semalam, Selasa. Turut hadir sama ADUN Selising, Zulkifle Ali. Sementara itu, Zawawi ketika ditemui memberi amaran kepada pihak tersebut supaya tidak mengulangi perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu di negara ini. Tidak perlu memohon maaf di atas kerakusan yang telah dilakukan dalam perhimpunan Bersih 4.0. 

Dengan lantang mereka berkata mereka tidak reda pemimpin mererka dihina dan diperlekehkan. Mereka desak pihak polis menjalankan tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Biadab dan kurang ajar itulah gelaran yang sesuai dilabelkan. Jangan ulangi lagi sikap kurang ajar sedemikian. Jangan sampai maruah negara tergadai. Jangan sampai undang-undang negara diabaikan. Kedua-dua pemimpin ini (Najib dan Abdul Hadi) adalah beragama Islam dan Melayu yang tidak boleh sewenang-wenangnya diperlekehkan dengan cara yang tidak bermaruah, katanya. Sementara itu, Zainudin pula berkata, tindakan penyokong Bersih memijak gambar kedua-dua pemimpin itu melambangkan sikap rasis peserta demonstrasi haram dan secara tidak langsung membangkitkan kemarahan yang seolah-olah ketuanan Melayu sudah mula dicabar. 

Sebagai seorang warganegara dan ahli PAS, beliau rasa dukacita apabila terdapat rakyat negara ini sudah tidak menghormati maruah pemimpin, bertindak mencari ‘kuasa’ tanpa etika dan tidak melihat aspek keharmonian kaum yang perlu dikekalkan. Perbuatan itu tidak seharusnya berlaku ketika negara sedang menyambut ambang ulang tahun kemerdekaan. Akal pejuang Bersih sebenarnya masih belum merdeka dan masih dibelenggu oleh tuntutan perjuangan politik perkauman, katanya. Menurut beliau, sepatutnya setiap warganegara tanpa mengira kaum dan agama mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk tanpa bertindak atas desakan emosi yang merugikan. Zainuddin mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya menggubal kembali kurikulum tentang kehidupan berwarganegara supaya mereka kasih kepada tanah air, agama dan negara, kasih dan akrab sesama dengan hidup yang aman damai. Biar matang kalau hendak berpolitik kerana pendekatan rundingan masih boleh diguna pakai. 

Kalau nak jadi Perdana Menteri tunggulah Pilihan Raya Umum Ke-14 bukannya berdemonstrasi. Tak perlu rampas kuasa dan menunjukkan kebiadaban yang keterlaluan, katanya. Tambahnya, pihaknya juga kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut hadir dalam demonstrasi haram itu. Oleh yang demekian, IBM berharap gabungan diantara UMNO dan PAS dapat diteruskan tidak hanya membuat laporan Polis, malah gabungan tersebut dapat dipergunakan didalam banyak hal dan aspek, apatah lagi gabungan yang berkaitan dengan 'politik'. IBM rasa dan terlalu lama UMNO dan PAS tidak duduk bersama semeja. Lakukanlah demi maruah bangsa, agama dan negara. Bangsa asing sudah mula menunjukkan taring. Mereka kata 10 tahun lagi negara ini (Malaysia) milik mereka. Ayuh bangsa ku. Ayuh Umno dan PAS. Bergabunglah kerana bak kata perpatah, 'bersatu kita kukuh, bercerai kita roboh. Jangan nanti kita, anak-cucu kita 'merempat' di negara sendiri. Fikir-fikirkan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA. HIDUP MELAYU! HIDUP UMNO!

2 comments:

  1. Alhamdulillah, orang Islam memang bersaudara tidak kira apa pun bangsa mereka. Bukan ke parti PAS dan UMNO itu parti orang Melayu dan juga ugama mereka Islam, jadi memang wajib silaturahim itu. Memutuskan silturahim haram syurga buat mereka.

    ReplyDelete
  2. ibm ~ expresso

    Salam. Memang betul. Syukur alhamdulillah. Moga UMNO dan PAS bercntum kembali kerana kedua2 parti itu adalah parti orang2 mellayu yg beragama Islam. Perjuangannya sama dan hala tuju yg sama.

    ReplyDelete