Pages

Friday, September 4, 2015

UMNO PECAT MUHYIDDIN, SHAFIE?? FITNAH PEMBANGKANG, AGENDA PEMBANGKANG!!

JUMAAT, 04 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM JUMAAT, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

SELAGI DS Najib tidak ditumbangkan dan disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri, selagi itulah tomahan dan fitnah dilontarkan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. IBM yakin, ianya telah dirancang, diatur se begitu rapi oleh pihak yang tidak berpuas hati terhada DS Najib yang menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin dan DS Shafie Abdal yang disingkirkan dari kabinet. IBM juga tidak terkejut selain dari pembangkang yang melaga-lagakan didalam portal mereka, berkemungkinan serangan dan fitnah tersebut datangnya dari kalangan orang dalam Umno itu sendiri. Sebenarnya itu semua fitnah. Berita menyatakan Tan Sri Muhyiddin dan DS Shafie akan dipecat dari Umno atau di gantung keanggotan mereka berdua adalah tidak benar. Bohong semata-mata. 
Adalah tidak benar bahawa Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan bersidang pada 9 September ini akan memecat atau menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, itu hanyalah suatu khabar angin. Mengikut sumber yang IBM dapat, itu bukan salah  satu agenda dalam mesyuarat itu. IBM juga yakin perkara-perkara yang dihebohkan di sosial media dan sebagainya tentang Umno adalah agenda pembangkang yang sengaja hendak memecah-belahkan Umno. Jangan percaya perkara karut-marut ini. Oleh itu, elok jangan Di layan mereka-mereka ini kerana mereka (pembangkang) terlalu dengki dan iri hati dengan kepimpinan DS Najib kerana pembangkang dilihat sudah hilang dan kentandusan  modal. IBM rasa kalau dilayan, kita pulak yang jadi gila. 
IBM yakin pihak MT masih ada banyak perkara yang lebih penting untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu terutama yang berkaitan dengan kepentingan negara. Kita harus wujudkan satu kesedaran bahawa kita tiada masa untuk berpecah sesama kita kerana agenda lebih besar adalah melihat kepada ekonomi negara. (Kita) hendak lihat kepada kestabilan, keselamatan dan pertahanan negara, itu yang lebih penting.
Oleh yang demekian bagi menangani kesemua perkara itu, kesemua anggota Umno perlu bersatu dalam satu pasukan. Persetankan mereka yang dengki dan iri hati akan kejayaan Umno selama ini. Oleh itu, berita Tan Sri Muhyiddin dan DS Abdal akan disingkirkan dari Umno adalah lawak bodoh yang direka-reka oleh musuh Umno. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"UMNO TETAP UNTUH, DULU, KINI DAN SELAMANYA"

No comments:

Post a Comment