Pages

Tuesday, September 1, 2015

ZAHID AJAK UMNO SELANGOR UBAH SIKAP DAN MINDA...

SELASA, 01 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

UMNO di seluruh negeri Selangor harus mengambil iktibar dan mengambil serius segala apa yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali gus menggesa pemimpin Umno Selangor agar keluar dari zon selesa dan berkhidmat untuk rakyat, bagi merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Itu kata-kata semangat dan nasihat DS Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno. Umno Selangor harus melakukan perubahan sikap dan minda bagi memenangi hati dan minda pengundi. Kalau kita mahu menjadi kerajaan negeri Selangor semula, kita harus membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno adalah lebih baik daripada kerajaan negeri yang sedia ada. Pada PRU ke-14, Umno dan BN Selangor akan semakin kukuh, diperkasakan dan memacu sokongan dan dorongan pengundi untuk mengundi semula BN dan Umno," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang semalam, Ahad. 
IBM serta rakan-rakan dari Umno Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) sebagai wakil Umno Perhubungan negeri Selangor turut serta di Mesyuarat Perwakilan tersebut.  Dalam ucapan perasmian penututup tersebut, Ds Zahid, berjanji beliau akan turun padang membantu Umno Selangor menebus kekecewaan, sekali gus merampas kembali Selangor pada PRU ke-14. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri mahu pemimpin Umno khususnya di Selangor untuk 'mendedahkan' kelemahan Penubuhan DaeulEhsan Invesment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan. Ini kerana penubuhan DEIG menimbulkan keraguan dari pelbagi pihak. Maka Umno Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh mengenai kelemahan DEIG yang mengambil alih paranan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak Syarikat dibawah permerbadanan itu. Dedah.......jangan tak dedah, kata Ds Zahid lagi. 
Kesimpulannya disini, Umno Selangor harus berkerja kuat bagi menambat kembali hati pengundi-pengundi Cina, India dan yang diatas pagar. tiada lagi zon selasa. Kerja kuat akan menampakkan hasil dan wang bukan segala-galanya walaupun semasa di PRU nanti kita mempunyai kewangan yang kukuh bagi menentang pembangkang. Umno harus berubah. IBM setuju sangat dengan kata-kata semangat dari DS Zahid Hamidi. Ayuh....kita serumpun...kita serangkai, kita sekapal. Kita rampas kembali Selangor. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT". ITULAH COGAN KITA. HIDUP UMNO!!

No comments:

Post a Comment