Pages

Monday, October 19, 2015

DANA RM2.6 BILLION : MASIH ADA PIHAK YANG TIDAK PUAS HATI TERUTAMNYA PEMBANGKANG

ISNIN, 19 OKTOBER 2015
1437H
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

NAMPAKNYA isu dana RM2.6 billion yang diperolehi oleh Perdsana Menteri DS Najib Tun Razak tidak akan ada kesudahanya walaupun kebenarannya akan muncul. Isu ini semakin hari semakin hangat diperkatakan. Ianya seolah-olah tiada jalan penghujungnya. Ramai pihak yang tidak berpuas hati, terutamanya pihak pembangkang yang sentiasa mencari jalan menuduh Perdana Menteri bahawa duit itu adalah dari punca haram atau rasuah. Namun disatu sudut ada pihak yang beranggapan bahawa Isu dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan. Bagaimanapun mengikut suber wang itu boleh disifatkan sebagai rasuah jika pemberi memperoleh balasan hasil daripada bantuan yang disampaikan itu. 
Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan. Juru cakap yang juga bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, tanpa pengesahan berkaitan ketiga-tiga aspek asas rasuah, dengan itu kes berkenaan tidak dapat dilengkapkan. Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima. Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya? tanya beliau. 
Maka, dengan penjelasan dan sedikit komen dari bekas Timbalan Peseuruhjaya SPRM, DS Zakaria harus kita ambil sebagai iktibar supaya kita jangan cepat menuduh dan menghukum seseorang jika buktinya tidak cukup dan tidak lengkap. Kita sebagai rakyat yang mahukan hidup selesa, mahukan pembangunan negara terus berkembang, janganlah membuat andian dan tuduhan yang melulu kepada pemimpin-pemimpin kita. Cuba kita cerminkan  diri kita dahulu dan tanya apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara. 
Jesteru, di dalam isu dana RM2.6billion ini, biarlah pihak yang berwajib menjalankan siasatan dan janganlah kita pulak yang lebih-lebih membuat dan mereka cerita yang tidak benar tanpa kesohenan dan faktanya. Fikir-fikirkan kerana 'menfitnah' itu besar dosanya disisi agama kita, agama Islam. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUTETAPDIHATIKU.

No comments:

Post a Comment