Pages

Thursday, October 8, 2015

'TANGAN GHAIB' SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH MUHYIDDIN TUTUP KESALAHAN 1MDB??

KHAMIS, 08 OKTOBER 2015

SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

MENYENTUH kepada kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa titah Majlis Raja-Raja Melayu semalam yang mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas, menunjukkan keprihatinan baginda sekalian terhadap kemelut yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat pada kerajaan adalah disambut baik. Pada kebiasaan yang IBM tahu DYMM Raja-Raja tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ia melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.
Tapi, apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Itu pandangan Tan Sri Muhyiddin yang mana pandangan tersebut adalah amat baik sekali. Yang IBM ingin pertikaikan sekarang ini adalah kenyataan dari bekas Timbalan Perdana Menteri yang masih lagi menjawat Timbalan Presiden UMNO yang mendakwa seolah-olah terdapat "tangan ghaib" yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu berhubung perkembangan siasatan dan pendakwaan skandal itu yang dianggapnya "amat mendukacitakan".
Pesoalannya sekarang, atas 'fakta' dan 'bukti' apa yang Muhyiddin ada sehingga beliau mengatakan ada 'tangan ghaib' yang cuba menututp isu !MDB ini. Tangan siapa yang Muhyidin maksudkan itu? Kalau ada bukti, tunjukkan dan keluarkan. Kenapa masih seolah-olah 'baling batu sembuyi tangan'. Kenapa sikap kita bekas pemimpin sedemekian rupa? Takut di saman, ditangkap? Kalau ada bukti yang soheh kenapa nak ditakutkan. IBM agak terkilan apa yang cuba di katakn oleh Tan Sri Muhyiddin. Kenapa nak dikeruhkan keadaan seperti kenyatan yang beliau katakan didalam portal pembangkang (mkini). Ini akan menaikkan 'saham' pembangkang yang kini mencari salah kerajaan dan akan terus mendesak dan menghentam kerajaan yang ada sekarang ini. Tan Sri Muhyidin mestilah bersikap 'rasional'.
Jangan cakap tak serupa bikin, menghentam kerajaan tanpa bukti yang kukuh. Perlu diingat, Beliau (Muhyiddin) juga adalah bekas Timbalan Perdana Menteri. Gunakaln saluran yang betul jika hendak menghentam atau mengkritik kerajaan. Harap, Tan Sri Muhyiddin faham dan jangan asyik bercakap dan meluahkan perasaan hati yang tidak puas melalui portal pembangkang dan jangan sekali-kali jadi 'barua' pembangkang. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku. 

4 comments:

  1. Jangan risau, beliau lebih tahu dari kita. Kalau beliau lebih bersuara..silap-silap beliau kena pecat kali kedua..Kita jangan lebih-lebih sangat, mentang-mentang TS Muhyidin bukan lagi menteri Kabinet, janganlah kita lebih sudu dari kuah.dan ingatkan Allah. hidup kita tak lama..selagi bernyawa..ingatlah dosa dan pahala..beristifarlah

    ReplyDelete
  2. ibm ~ Crown Bridge,

    Salam.
    Saya tidak menuduh da saya tidak seperti 'lebih sudu dari kuah'. Tapi, sekadar mengingatkan saja. Tak perlu takut ditangkap jika ada bukti. Jgn 'melalak' diluar, tapi semuanya kosong. Cakap tinggal cakap. Ada bukti, tunjukkan. Memang hidup kita sekali. Muhyiddin juga sama. hidup hanya sekali..maka, gunakan sekali ini demi utk negara. Itupun kalau ada bukti. Tak guna 'berkokok' di portal pembangkang....Wasallam...

    ReplyDelete
  3. Bukti dah ada, slip masuk acc bank najib pun dan cukup utk nk dakwa...apa masalahnya ialah, najib masih lg berkuasa utk melucut semua pihak yg menyiasat beliau.... so, najib memang perompak

    ReplyDelete
  4. MENGAPA CAMPUR TANGAN ISTANA BERLAKU SECATA TIBA-TIBA?

    Assalamualaikum

    Ampun Tuanku Patik rakyat Biasa Ingin Memberikan Pandangan,

    Ketidak seimbangan dalam kestabilan politik negara juga ada kaitan dengan peranan Institusi DiRaja Melayu.

    Kita mahukan Raja-Raja Melayu menjadi pengimbang kepada pemerintahan politik dan badan Eksekutif. Tapi diarasakan keseimbangan ini TIDAK JELAS!

    Sebagai contoh.. ketegasan Institusi DI-Raja amat penting bagi isu besar melibatkan hak Melayu dan Islam diutamakan dahulu sebelum diperihalkan yang lain :


    - Isu berat pertikaian perkara 153 Perlembagaan!
    - Penghinaan hak mutlak umat Islam dalam kes kalimah Allah SWT oleh Kristian,
    - isu kebebasan Murtad kepada org Melayu..amat2 berat dan boleh mencetuskan ketegangan Agama! jauh lebih bahaya dr rompakan berbillion wang negara!
    - larangan pembesar suara Azan di Pulau Pinang, pencabulan hak asasi umat Islam, dalam sebuah Negara Berdaulat Islam.
    - menghina Hudud dan undang2 Syariah
    - Menghina laungan Azan,
    - campurutangan dalam hal ehwal penguatkuasaan Islam
    - Percambahan pusat2 perjudian, pelacuran, hiburan melampau dan maksiat didalangi Cina
    - menghina pemimpin Islam BERSHIT 4.0,
    - Menghina hal ehwal Ibadah umat Islam seperti Qurban dan Khutbah,


    Diperhatikan isu2 besar dia atas LANGSUNG tidak mendapat perhatian dan statement TEGAS dari Majlis Raja-Raja Melayu..yang wajib dipertahanka. Tetapi secara tiba2 dua isu ini IMDB dan perkauman jadi menyebabkan Majlis Raja-Raja Melayu bertegas?

    Bukan hendak menderhakai Raja-Raja Melayu tapi mengharapkan keadilan sejati di bawah Payung Naungan Duli-Duli Tuanku- Insitusi Di-Raja Melayu.. jangan diperalatkan oleh golongan tertentu.. dan jagan salah keutamaan.


    Parti politik rasis Cina DAP berterusan menghina Islam dan pemimpin Melayu terang2an tidak ada apa2 amaran Majlis Raja-Raja Melayu.. sedangkan ia wajib ditegur.

    Kelihatan lepas sahaja himpunan baju Merah berjaya counter back sokongan terhadap PM dan Melayu.. barulah isu perkauman dibangkitkan? kenapa bertahun-tahun dahulu ia tidak dipekatakan apabila org Melayu dihina?

    Ia amat ganjil keadaan ini.. siapa yang membela siapa? siapa yang ditindas? siapa yang mulakan perkauman? siapa yg bocorkan rahsia siasatan IMDB yg jelas melanggar Akta Rahsia??

    Isu kenapa org2 yg diamanahkan untuk menyiasat IMDB khianat dan bocorkan maklumat kepada musuh2 asing.. dan itu sepatutnya menjadi perhatian Majlis Raja-Raja Melayu jika betul2 mahu isu 1mDB ini di bersihkan secara telus..

    sebuah negara berdaulat boleh dibiarkan campur tangan asing.. dengan membiarkan org2 yg diamanahkan membocoran maklumat dan diubahsuai dan akhirnya caca marba jadinya negara.. bahkan Gabenor Bank negara sendiri membuat kenyataan yang bersifat mensabotaj pada bulan lepas, seolah-olah sentimen anti PM dibawa masuk ke dalam amanahnya sebagai Gabenor.


    Diharapkan Majlis Raja-Raja Melayu tidak diperalatkan oleh sesiapa. Letakkan priority yang betul dalam menyatakan teguran. pepatah Melayu dahulu kala..:

    "RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM DISANGGAH.."

    Raja Berdaulat Negara Sejahtera.

    Daulat Tuanku!
    Saya Sayang Malaysia

    Wassalam.

    ReplyDelete