Pages

Thursday, November 5, 2015

TEMBELANG DEIG AKHIRNYA TERBONGKAR!!

KHAMIS, 05 NOVEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
SETELAH didesak oleh ADUN BN, akhirnya Darul Ehsan Investment Group (DEIG) mengakui pihaknya membuat permohonan kepada Bank bagi menyelesaikan masalah pinjaman melibatkan kerajaan Selangor melalui DEIG Land. Namun seperti biasa bermacam-maca alasan yang mereka beri untuk mengelak dan menutup kesalahan buruk yang mereka lakukan. Melalui Ketua Pegawai Operasinya Soffan Affendi Aminudin memberi alasan, walaupun menerima tawaran berjumlah RM500 juta namun pihaknya menolak tawaran tersebut selepas ia tidak dipersetujui Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI). Katanya, memang betul (ada mohon pinjaman bank). 
Tetapi ia merupakan salah satu kaedah yang mereka (DEIG) guna pakai iaitu dengan cuba dapatkan pinjaman. Tapi kita sudah bentangkan kepada pengarah (MBI) dan mereka menolak cadangan pihak pengurusan (DEIG Land) itu. Menurutnya lagi, mereka (DEIG) dapat pinjaman dan bentang pada lembaga pengarah dan mereka tolak tawaran itu, katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam hari ini. Selain itu, setelah dikorek oleh pemberita sama ada permohonan pinjaman itu dibuat bagi melunaskan hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) terhadap kerajaan negeri, beliau menafikannya dan berkata ia merupakan salah satu kaedah bagi menyelesaikan masalah hutang kerajaan negeri.
Penafian seperti ini memang sudah biasa didengar kerana semata-mata nak tutup kesilapan mereka dari terbongkar luas. Tidak habis setakat itu, mereka (DEIG) cuba memberi bermacam-macam alasan. Antaranya, menurut mereka kaedah nak selesaikan masalah itu macam-macam, contohnya dengan mengambil pinjaman, memajukan pembangunan dan sebagainya. Dan....Kaedah nak selesai macam-macam contohnya ambil pinjaman, majukan pembangunan dan sebagainya. DEIG masih syarikat yang masih belum beroperasi dan bermodalkan RM2," katanya lagi. Memang alasan tersebut adalah alasan yang tak lojik dan tidak boleh diterima pakai.  Ketika ditanya oleh pemberita sama ada Syarikat yang belum beroperasi boleh membuat pinjaman, Soffan dengan ringkas berkata: "Mengapa tidak?" sambil tersenyum.
Jesteru dengan itu, IBM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mempersoalkan dakwaan pinjaman wang berjumlah RM500 juta yang diterima DEIG Land. Melalui wakilnya, ADUN Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi (gambar atas dan kiri) berkata, DEIG Land ketika itu baru ditubuhkan dua bulan - 19 Mei – tetapi mendapat pinjaman daripada sebuah bank tempatan pada bulan Julai. Budiman turut mendakwa, pinjaman yang diperoleh DEIG Land itu juga bertujuan untuk melunaskan hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) terhadap kerajaan negeri. 
Nampaknya buntut Azmin Ali semakin panas. Jawab jangan tak jawab. Jangan hanya pandai turun longkang, cuci longkang ketika baru menjadi Menteri Besar. Itu kerja bodoh dan 'hipokrit' namanya. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.

No comments:

Post a Comment