Penganalisis Politik Pro Pembangkang Menuduh PM Sembunyikan Sesuatu......
SUDAH menjadi lumrah. Bak kata perpatah orang-orang tua, 'tak dapat tandunk telinga dipulas'. Begitulah pael dan perangai buruk penganalisis politik pro pembangkang yang menuduh dan cuba menfitnah Perdana Menteri Datuk Najib Razak yang kononnya dari kaji selidik bodoh mereka bahawa Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan apabila menyerahkan tanggungjawab membuat penjelasan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion di Dewan Rakyat, semalam kepada Timbalannya DS Zahid Hamidi.
Penganalisis politik pro pembangkang itu memberi gambaran bahawa DS Najib benar-benar mahu menyembunyikan sesuatu. Tuduhan tersebut IBM petik dari portal pembankang yang tersohor, apa lagi kalau tidak Malaysiakini. Seterusnya si penganalisis ini seolah-olah menyindir serta yakin bahawa peguam negara memberi nasihat yang betul kepada DS Najib untuk tidak bercakap mengenai isu berkenaan bagi mengelakkan perkara subjudis. Dan beliau dengan penuh yakin menyuarakan bahawa masyarakat belum mempercayai sepenuhnya AG baru itu. Dengan erti kata lain, AG baru itu pembohong dan mengikut kata dan telunjuk DS Najib.
Ini adalah gara-gara apabila bekas Peguam Negara disingkir pada hari yang sama pengkritik DS Najib di kabinet dipecat dan Peguam Negara sekarang masih kurang dipercayai, itu mengikut kata hatinya yang cuba mengabuli mata masyarakat. Dengan tidak kehadiran DS Najib di Parlimen untuk berdepan dengan pengkrritiknya secara peribadi, katanya, DS Najib gagal untuk mengubah persepsi orang ramai berhubung isu itu. Beliau bermaksud bahawa Perdana Menteri takut dan cuba lari dari kenyataan.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis yang diupah oleh Malaysiakini menyuara dan meluahkan perkara yang sama memberitahu bahawa apa yang berlaku semalam menunjukkan bahawa DS Najib tidak mengambil berat berhubung persepsi orang ramai lagi. Kononnya dengan ahli Parlimen kelab penyokong BN begitu jinak dan pemberontakan sesuatu yang mustahil dan DS Najib boleh meluluskan apa-apa sahaja di Parlimen, maka, mengapa beliau (DS Najib) perlu peduli dengan persepsi orang ramai?. Tambahnya seolah-olah mencuarah minyak petrol kedalam api.
Sempat ditanya oleh pemberita sama ada sikap tidak peduli DS Najib terhadap persepsi orang ramai adalah kerana pilihan raya umum (PRU) akan datang masih jauh lagi, katanya itu bukan isu sebenarnya. Ada agenda tersembunyi yang disembunyikan oleh DS Najib. Maka, IBM ingin merumuskan bahawa kritikan-kritikan penganalisis-penganalisis pro pembangkang ini mengkritik bukanlah mengkritik untuk kebaikan semua. dihati mereka sudah terlalu hitam kerana diasak, dihasut dan diperguna-gunakan oleh pembangkang bagi membakar kebencian masyarakat terhadap kerajaan yang sedia ada termasuk Perdana Menteri DS Najib.
Gara-gara sekumpulaan yang ingin menjatuhkan DS Najib mendorong penganalisis pro pembangkang ini terus menyerang dan mengkritik DS Najib. Tapi....sampai mana, sampai bila dan berjayakan mereka menjatuhkan Ds Najib dengan kritikan demi kritikan yang tidak berasas tanpa fakta? Apakah mereka (pembangkang) menggangap segala perancangan mereka itu akan berjaya? Kita tunggu dan lihat. Dari saya - IBM#PJUTETAPDIHATIKU.
No comments:
Post a Comment