SPRM INGIN BERSIHKAN NAMA MALAYSIA ATAU KUBURKAN UMNO - BN??
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia berada dalam keadaan yang agak membimbangkan. Ini berikutan dengan tindakan mereka yang dilihat melakukan penyiasatan terpilih terutamanya yang melibatkan pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional. Manakala pemimpin pembangkang pula “terlepas” dari salahlaku mereka dengan begitu mudah sahaja. Desas-desus sedang bertiup kencang berkenaan dengan orang nombor dua SPRM yang pernah menjawat jawatan pengarah SPRM Kelantan. Sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut, SPRM Kelantan dikatakan tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap pemimpin PAS walaupun bukti dikatakan berada di depan mata. Namun berlainan pula tindakan beliau apabila ianya melibatkan pemimpin UMNO.
Masihkah kita ingat bencana banjir lumpur yang hampir melumpuhkan negeri Kelantan pada penghujung tahun 2014. Menurut sumber, banjir lumpur tersebut disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram secara berleluasa oleh para pemimpin PAS di Kelantan. Namun hingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan diambil untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adakah SPRM mahu terus dilabelkan “pilih bulu”? Malahan beberapa portal dan blog turut mengecam SPRM sebagai “tangan” dan”kaki” pembangkang. Ini telah memberi gambaran imej yang cukup negatif terhadap SPRM.
Sekiranya mereka mahu memulihkan imej mereka maka mereka perlu lebih telus dan adil dalam menjalankan tugas. Semua rakyat Malaysia masih tertunggu-tunggu siapakah pemimpin PAS “Raja balak” yang menjadi punca penderitaan rakyat Kelantan tahun lepas hingga ke hari ini. Untuk makluman, Banjir yang melanda ke semua 10 jajahan di Kelantan itu memaksa lebih 104,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan. Hujan lebat berterusan selama 48 jam di kawasan Ulu Kelantan – Gua Musang dan Kuala Krai – menterjemahkan kebimbangan penduduk apabila jajahan Gua Musang dilanda banjir besar mulai 22 Disember, 2014.
Dalam tempoh yang singkat, limpahan air Sungai Galas dengan arus yang deras ‘menenggelamkan’ bandar lama Gua Musang dan beberapa kampung sekitarnya. Bencana itu melumpuhkan aktiviti di bandar lama Gua Musang dan kampung-kampung berhampirannya akibat dinaiki air antara dua dan lima meter, turut menyebabkan berpuluh kenderaan tenggelam. Limpahan air deras yang mengganas mulai 22 Disember 2014 bukan sahaja menghanyutkan banyak rumah malah beratus rumah dan harta benda lain rosak teruk manakala ribuan penduduk menyelamatkan diri ke kawasan tinggi termasuk mendaki bukit.
Antara faktor berlakunya banjir lumpur yang teruk itu ialah penebangan hutan dalam skala besar di kawasan berbukit di Ulu Kelantan untuk tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran. Pembalakan haram juga menyumbang kepada hakisan tanah serta menjadikan sungai cetek dan berlumpur. Penjenayah alam sekitar ini perlu dibawa kemuka pengadilan. Pihak SPRM Kelantan perlu menjalankan tugas mereka. Mereka bertanggungjawab membela nasib rakyat Kelantan yang teraniaya oleh kerakusan pemimpin PAS - SUMBER
p/s - Kesimpulannya, adakah SPRM mengamalkan 'double' standard atau pilih bulu?...Harap-harap tidak. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU
No comments:
Post a Comment