Kejayaan GST Membuat Lim Guan Eng Hampir Gila....
Harga minyak dijangka terus kekal rendah pada tahun ini yang akan mendatangkan masalah kepada kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhannya, namun ia dapat diselamatkan dengan kejayaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April tahun lepas. Kutipan GST yang dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini dapat menampung penyusutan pendapatan kerajaan yang dianggarkan lebih RM30 bilion melalui hasil minyak.
Defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus pada tahun ini jika tiada GST. Projek-projek pembangunan seperti jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya kepada rakyat masih dapat dilaksanakan di atas kejayaan pelaksanaan GST walaupun negara sedang berdepan dengan krisis harga minyak dunia. Begitu juga dengan subsidi-sudsidi yang diberikan oleh kerajaan terutama subsidi perubatan yang merupakan subsidi yang besar dari kerajaan iaitu senyak RM12.9 bilion atau 98 peratus daripada bajet kementerian setahun, di mana pesakit hanya membayar baki sebanyak dua peratus sahaja.
Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memanfaatkan 4.7 juta isu rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan peruntukan RM5.9 bilion masih terus diteruskan untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang melampau. Menbidas satu kenyataan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim guan Eng, yang berkata GST hanya menyelamatkan Datuk Seri Najib, bukannya rakyat. Ianya satu kenyataan yang seakan-akan dari orang yang hampir gila atau kurang waras kerana tidak dapat menilai sejauh mana kejayaan GST dalam menampung keadaan ekonomi negara yang bermasalah dilanda krisis harga minyak dunia.
Kerajaan terus komited memberi kesenangan kepada rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu. Yang pastinya, pembangkang terus melalak, meroyan dengki di atas kejayaan kerajaan BN dibawah kepimpinan DS Najib kerana berjaya mentadbir negara dengan baik. Pembangkang diibaratkan seperti 'siluncai terjun dgn labunya'.....biarkan....biarkan. Wasallam dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
No comments:
Post a Comment