Pages

Tuesday, January 5, 2016

MUJAHID UMPAMA 'MACAI' NOMBOR 1 DAPIGS

SELASA, 05 JANUARI 2016
PAN atau parti AMANAH geli hati dengan dakwaan PAS bahawa Israel menawarkan DAP AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu sebagai habuan jaminan untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya. Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa berkata dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki pada 30 Disember lalu adalah ibarat raja segala lawak bagi 2015.
“Bagaimana harus saya respons terhadap lawak ini? Saya fikir kita adalah macai DAP, sekarang kita jadi macai Israel pula,” kata Mujahid sambil tergelak. “Berapa banyak macai DAP ada sekarang? Jika mereka mempunyai begitu banyak wang, mengapa tidak DAP beli Umno sahaja? “Meminta ulasan saya mengenai isu ini pun sudah dikira sebagai satu penghinaan. Ia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan untuk mana-mana ahli politik untuk beri respons terutama dari AMANAH,” katanya.
Mujahid berkata adalah seseuatu yang tidak terfikir bahawa parti pembangkang mahu menawarkan sebuah rejim seteru untuk menubuhkan pangkalan udara yang di Malaysia sedangkan ia belum merampas Putrajaya. Beliau berkata walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, ia terus mempunyai kepentingan perniagaan di negara ini. “Mengapa Zuhdi tidak tanya soalan ini?” kata Mujahid kepada bekas rakannya itu.
Mujahid anak kepada mantan Mursyidul Am PAS yang terkenal dengan ilmu agama yang tinggi dilihat menjilat dan mempertahankan DAP secara konsisten. Beliau akan pantas menjawab segala isu yang dibangkitkan kepada DAP tidak sepertimana isu kepada PAS ketika beliau di dalam parti tersebut.
SUMBER.
Agaknya berapa nilai Mujahid di ‘papan saham’ DAP? Wassallam - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

No comments:

Post a Comment