CERITA TERBARU DARI KEDAH : Mukhriz Mahathir suatu waktu dahulu dikatakan hebat dan mempunyai aura kepimpinan bapanya Tun Dr Mahathir apabila berjaya ‘selamatkan’ Kedah dari cengkaman PAS dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Besar Kedah yang ke 10. Sejarah mencatatkan bahawa Mukhriz tidak bekerja bersaorangan kerana dia di kelilingi oleh ramai rakan-rakan yang turut membantu beliau merampas Kedah pada ketika itu dan juga kerana ‘mungkin aura Tun Mahathir masih kuat pada ketika itu menyebabkan Kedah berjaya diambil kembali.
Mungkin juga atas faktor rakyat Kedah mengundi Barisan Nasonal ketika itu kerana sudah serik dengan kepimpinan wakil PAS yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada kehidupan rakyat negeri Kedah. Diketika itu Mukhriz di kelilingi oleh pimpinan parti yang berdiri teguh pada dan setia pada pejuangan UMNO dengan harapan akan melakukan perubahan kepada rakyat dan negeri Kedah sebaik mengambil semula negeri Kedah. Setelah setahun berlalu peringkat penyesuaian dan kini sudah menjangkau ke umur 3 tahun (peringkat perlaksanaan), Kedah dibawah pengurusan Barisan Nasional tidak menampakkan banyak perubahan, mereka yang di pilih dan mula mengelilingi Mukhriz dilihat tidak mampu membawa perubahan.
Mereka yang dulunya banyak membantu termasuk pemimpin-pemimpin berpengalaman di letak di satu sudut yang tidak dapat dilihat orang ramai, mungkin bertujuan untuk menutup mulut dan mata mereka agar tidak banyak kerenah alamakmun mereka ini semuanya berpengalaman, tetapi Mukhkriz lebih mempercayai rakan-rakannya dari luar Kedah. Kebanyakkan mereka ini mendapat tempat di pejabat Menteri Besar Negeri Kedah, tetapi di khabarkan mereka ini kebanyakkannya tidak mampu untuk melakukan sesuatu agar negeri Kedah dibawah kepimpinan baru tidak kecundang seperti mana kerajaan PAS yang di turunkan rakyat.
Mungkin Mukhriz mempunyai strategi politik takut-takut ada yang melawan jika mengambil mereka yang berpengalaman, mungkin kerana itu Mukhriz mengambil rakan-rakan mudanya dari luar Kedah bertujuan untuk mejadi ‘yes man’, tetapi sayangnya mereka-mereka ini dilihat tidak mempunyai perancangan atau membuat persediaan untuk menghadapi pilihanraya ke 14 yang bakal menjelma tidak sampai 2 tahun lagi. Tindakan Muhkriz ini telah menyebabkan ramai pemimpin berpengalaman meninggalkan beliau secara beramai-ramai kerana sedar Mukfriz adalah seoarang pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai kebolehan untuk memimpin jentera pilihanraya.
Malahan tindakan Mukhriz melantik dan memilih rakan-rakannya yang tidak berpengalaman dan berkebolehan menimbulkan keraguan kepada kesemua Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Negeri terhadap perancangan dan strategi beliau untuk menghadapi pilihanraya. Di atas kelemahan itulah, maka ramai yang sedar bahawa Mukhriz adalah pemimpin yang tidak kuat dan mudah dikalahkan termasuklah oleh mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, misalnya Mukhriz pernah kalah bertanding jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu yang hanya memiliki kelulusan SPM,
Mukhriz juga pernah gagal merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga kalah bertanding merebut jawatan Naip Presiden UMNO. Sejarah membuktikan bahawa Mukhriz dilahirkan bukan untuk menyaingi atau mengiringi ayahnya Tun Dr Mahathir, kerana tidak semua kuah akan tumpah ke nasi. - SUMBER.
P/S - Sama jugaklah seperti kata perpatah melayu ini, 'langit tak selalunya cerah'. Betui tak? Dari saya - IBM #PJUTETAPDIHATIKU.
No comments:
Post a Comment