Pages

Saturday, January 16, 2016

STRATEGI DAPIGS MENJADI

SABTU, 16 JANUARI 2016
 DAPigs Sudah Jadi Big Brother

PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH jelas hanya akan berpaut kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang sekaligus pasti akan mengiyakan apa sahaja kehendak parti itu. Ini kerana menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, DAP sudah memula menyusun strategi dengan baik dalam keadaan PKR yang sedang leka dan AMANAH yang sibuk dengan pengurusan parti. “DAP boleh cuba memakai kosmetik pada rupa mereka untuk menggambarkan kononnya mereka tidak bersifat cauvinis tetapi tindak tanduk berpolitik dan isu yang diperjuangkan mereka tetap menjadi bukti diri mereka yang sebenar.
“Cukuplah apabila PAS bersama mereka dalam Pakatan Rakyat, pada awal mereka menerima hakikat perjuangan menegakkan syariah dan undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan tujuan melunakkan hati orang Islam. “Tetapi apabila mereka berasa gagah dan berkuasa contohnya di negeri Selangor dan Pulau Pinang, mereka kembali menunjukkan wajah sebenar mereka,” katanya menerusi WhatsApp kepada BNBBC.my. Mengulas lanjut tentang taktik kotor DAP, Khairuddin mengakui setelah bergabung dalam Pakatan Rakyat, parti itu mula menentang pelaksanaan syariah dengan pelbagai alasan yang kononnya termaktub dalam perlembagaan.
“Parti DAP sebelum berkuasa menunjukkan wajah lunak keIslaman dan keMelayuan, tapi bila dah berkuasa lihatlah apa yang berlaku di Singapura sekarang. “Saya yakin pasca PRU 14, DAP hanya akan terus jadi pembangkang dan Melayu Islam akan menolak DAP kecuali segelintir yang mabuk kuasa tanpa menyedari bahaya mendatang,” tambahnya. Menyedari hakikat bahawa PAS yang sebelum ini merupakan rakan politik selama tujuh tahun boleh diserang dengan pelbagai cara dan provokasi, maka ia bukan suatu perkara yang pelik sekiranya serangan sedemikian kemudian nanti bakal turut diperlakukan kepada PKR dan AMANAH.
“Pegangan politik PAS dalam isu undang-undang jenayah cuba dirungkai dari pemikiran ahli PAS dengan racun pemikiran DAP. “Jadi apa jaminan rakyat Islam dalam negara ini tidak dibuat sedemikian rupa jika DAP berkuasa? “PKR dan AMANAH terus berpaut, DAP sudah menjadi Big Brother,” ujarnya. - SUMBER
P/S - Apa nak dihairankan. Kan itu yang melayu PKR & PAS nak. Terima je hakikatnya bahawa 'jarum' DAPigs sudah masuk 'menyusuk' kedalam tubuh melayu PKR & PAS. Tunggu masa dan ketikanya PKR & PAS akan berkubur gara-gara jarum dari DAPigs....AMANAH?.....pun akan turun berkubur. Percayalah. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

No comments:

Post a Comment