Pages

Friday, February 26, 2016

ISU 'BODOH & ANJING',, TELINGA SHAFIE APDAL TERSUMBAT KOT....

JUMAAT, 26 FEBRUARI 2016
Ini Jawapan Nazri Isu "Bodoh Dan Anjing'....

EKORAN dari salah faham, atau salah dengar ataupun salah penyampian, maka Datuk Seri Nazri Aziz tampil menjelaskan isu Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai “bodoh” kerana memikirkan beliau menyamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah sebagai “anjing”. Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shafie yang mengakui bahawa beliau kecewa dengan sesetengah pihak yang menyifatkan mereka yang menegur dan mengkritik pemimpin dilabel sebagai pengkhianat dan seolah-olah sebagai anjing yang menggigit kaki. Dalam isu ini, Shafie harus dengar betul-betul. Dia seorang Naib Presiden yang bodoh,” kata Nazri kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Khamis. 

Nazri menjelaskan bahawa beliau hanya bermaksudkan bahawa seseorang itu tidak boleh bergerak ke hadapan jika anjing terus menggigit. Sebenarnya beliau (Nazri) tak kata dia (Muhyiddin) anjing. Shafie ini (adalah) orang bodoh yang fikir saya panggil orang lain anjing. “Saya cuma bagi contoh bagaimana susahnya jika kita mahu kerja (dan) anjing terus gigit. Perkara pertama yang saya terfikirkan adalah anjing yang menggigit kaki,” katanya. Ada yang setuju dengan penjelasan dari DS Nazri? Mungkin ada yangh setuju, tapi...dedak-dedak DS Shafie Abdal sukar untuk terima. Agaknya le. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita 1hati#kekal najib.

Thursday, February 25, 2016

TUN MAMAK MAHATHIR DARI PEMIMPIN MUNGKIN KE PENJARA.....RUGINYA!

KHAMIS, 25 FEBRUARI 2016
Apabila beliau di siasat berhubung tulisannya yang menuduh bahawa peguam negara berat sebelah kerana membesaskan Najib dari sebarang salah laku dalam 1MDB. Beliau turut mengeluh seolah – olah pihak polis tidak menjalankan penyiasatan dengan telus kerana hanya beliau sahaja yang di soal siasat, dan kenapa tidak menyiasat peguam negara. Tun Mahathir tetap berdegil seperti menegakkan benang yang basah dengan mempersoalkan kenapa hanya beliau yang disoal kenapa yang lain tidak disoal seolah – olah hanya dia sahaja yang melakukan kesilapan. Tidak hanya dengan meninggi diri, Mahathir juga dengan bongkak menegaskan bahawa Apandi wajib bersumpah dengan Al – Quran bagi membuktikan bahawa dia tidak terlibat atau berat sebelah dalam kes tersebut. 

Sepatutnya, Tun Mahathir didalam usia yang begitu lanjut, bila-bila masa saja pi, kata orang Kedah, berihat, ke Masjid beramal-ibadat, minta ampun kepada tuhan segala dosa yang telah dilakukan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Ini tidak, Tun M dilihat seperti ingin 'menongkat langit', tidak cukup 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri dan menceburi arena politik yang agak panjang. Beliau dilihat seperti hilang ingatan yang mana beliau menggangap beliau sebagai 'Mr Perfect', apa yang beliau buat semua betul. Persoalannya bila Tun Mahathir hendak bersumpah dengan Al – Quran bahawa selama pemerintahan dan semua tindakan serta desakan beliau terhadap pengunduran Najib ini telus dan tidak ada sebarang kepentingan peribadi kepada beliau, persoalannya bila Tun Mahathir hendak bersmpah dengan Al – Quran? 

Nampaknya Tun Mahathir lebih rela bersekedudukan dengan Anuar di dalam penjara berbanding bersumpah dengan Al – Quran. Itulah bekas Perdana Menteri yang dibanggakan selama ini, dengan tingkah laku beliau ini, semakin beliau berusaha untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib, semakin terlondeh seluar serta pekong beliau selama ini, agenda tersorok Tun Mahathir juga sedikit demi sedikit kian terdedah. Moga Tun Mahathir balik ke pangkal jalan. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Wednesday, February 24, 2016

TUN MAHATHIR DI PANGGIL POLIS HARI INI....

RABU, 24 FEBRUARI 2016
AKHIRNYA manusia yang penuh dengan dendam, dengki, fitnah, tak puas-puas dengan dunia politik, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir di panggil Polis. Ini telah disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya akan merakamkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ekoran catatan di laman blog miliknya bekas Perdana Menteri itu. Khalid berkata, pihaknya menjalankan tugas mereka untuk merakamkan kenyataan Tun Dr Mahathir susulan ekoran terdapat beberapa laporan polis berhubung catatan tersebut. Kita (Polis) akan merakamkan kenyataan itu hari ini, diaturkan di satu tempat. Hari ini, bukan di Bukit Aman,” kata Tan Sri khalid kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman hari ini. 

Khalid ketika ditanya lokasi sesi rakaman tersebut, Khalid berkata: ianya sedang berlangsung sekarang. Ketika ditanya sama ada sesi rakaman percakapan itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, Khalid berkata: “Mungkin. Saya rasa ya.” Pada 15 Februari lalu, Khalid mengesahkan bahawa beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Mahathir berhubung catatan di blog bekas Perdana Menteri itu. Khalid sebelum ini telah menggesa mereka yang tidak puas hati dengan catatan di blog Dr Mahathir itu supaya membuat laporan polis. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mendakwa bahawa catatan Dr Mahathir di blognya pada 3 Februari lalu sebagai menghasut. 

Maka, spekulasi yang menyatakan bahawa Tun Mahathir adalah kebal untuk di soal-siasat apatah lagi untuk di dakwa adalah salah sama-sekali. Tiada siapa yang kebal dan boleh melanggar undang-undang mengikut cita-rasa sendiri. Kepada Tun, jawablah. Itu yang kamu hendak, dan satu soalan kepada Tun, sampai bila kamu nak menongkat langit dan permainan politik kamu yang terlalu kotor & jijik itu? Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Tuesday, February 23, 2016

SELANGORKINI MEMANG KURANG AJAR, HINA MAHKAMAH...

SELASA, 23 FEBRUARI 2016
Hina Mahkamah : UMNO Selangor Buat laporan Polis Terhadap Kerajaan Negeri, SelangorKini

TERLALU kurang ajar, menghina Mahkamah, maka tiada pilihan lain. Semalam, Umno Selangor membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri terhadap penyalahgunaan duit rakyat kerana membuat papan tanda (billboard) yang didakwa menghinaa keputusan mahkamah berhubung ke Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan polis juga dibuat kepada akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Selangorkini yang didakwa melaporkan berita fitnah mengenai kes tersebut sehingga boleh mengelirukan rakyat. Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kenyataan dalam akhbar tersebut mengatakan Anwar adalah tahanan politik juga telah disebarkan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor. 

Menurut Datuk Zein, kita semua tahu bahawa penahanan Anwar adalah disebabkan kes liwat, bukan tahanan politik. Kenyataan itu jelas cuba mengelirukan rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, petang tadi. Beliau berkata, Kerajaan Negeri didakwa telah menggunakan wang rakyat untuk menghasut dan mempertikaikan kewibawaan istitusi kehakiman negara. “Papan tanda yang dipasang di sekitar Selangor antaranya di Ampang dan Rawang itu memaparkan kenyataan ‘Anwar Tahanan Politik’ serta ‘Bebas Rakyat Bebas Anwar’ jelas menunjukkan bahawa penglibatan kerajaan negeri khususnya pihak perkuasa tempatan meluluskan pemasangan papan tanda tersebut,” katanya. 

Sepatutnya perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Seterusnya beliau memohon kepada pihak berkenaan agar menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan pentadbiran badan kehakiman dan perundangan negara,” katanya. Siasat jangan tak siasat kerana ianya melibatkan nama baik 'Istitusi kehakiman'. Kenapa segala keputusan Mahkamah selalu dipertikaikan oleh pihak pembangkang? Kenapa mereka begitu 'kurang ajar'? Apa mdereka ingat undang-undang negara ini 'bapak' mereka yang punya? Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Sunday, February 21, 2016

BILA TIADA JAWATAN, KERJANYA MEMBIDAS KERAJAAN, APA KE JADAHNYA!!!

AHAD, 21 FEBRUARI 2016

BILA kita amati akan gelagat dan trend politik di negara kita ini, amat-amat berbeza dengan politik yang diamalkan oleh negara-negara lain. Walaupun ianya tidak sampai ketahap yang membimbangkan, tapi, ianya mendatangkan keresahan dan suasana yang tidak enak di pandang dan didengar. Luahan hati  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang sekali gus  membidas sikap sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar selepas mendengar suara desakan rakyat. Katanya pemimpin atau tokoh-tokoh ini juga semasa memiliki kuasa dalam kerajaan turut sensitif terhadap desakan ramai dan bertindak membuat perubahan serta pembaharuan bagi memenuhinya, namun apabila kerajaan sekarang melakukannya, mereka sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.

Katanya, ada juga mereka yang semasa memegang jawatan dan kuasa dalam kerajaan, tidak melakukan apa-apa perubahan, tetapi apabila sudah tiada lagi jawatan, mereka terus membidas segala usaha gigih kerajaan. “Orang ini adalah orang ‘gila talak’, apabila ada jawatan tidak mahu buat, bila hilang jawatan dan nakkan jawatan, barulah kata kerajaan tidak betul… padahal semasa mereka ada jawatan dulu, ia adalah disebabkan oleh sokongan pegawai-pegawai dan kakitangan akar umbi,” katanya semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sebuah hotel di sini. “Tokoh itu ingat dialah yang terpandai, dia yang terbaik, terbagus, sampai begitu. Zaman dia sudah berlalu, tolong hormat kepimpinan sekarang, pegawai-pegawai yang ada sekarang,” katanya, dan menambah bahawa kenyataan itu tidak merujuk kepada individu tertentu. 

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata dasar terbuka kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini menyebabkan Perdana Menteri dihujani dengan “peluru-peluru” kritikan yang pelbagai. Beliau berkata zaman kerajaan tahu semua perkara, atau betul dalam semua tindakannya sudah berlalu; dan kepimpinan sekarang bukan sahaja lebih prihatin dalam mendengar segala keperluan ramai, malah sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan rakyat. Beliau yang memuji media ‘konvensional’ yang melaporkan setiap fakta yang tepat atas platform yang jelas, turut membidas “wartawan” yang tiada platform sebenar, yang menulis mengikut ‘suka hati’ di media-media sosial. Menurutnya mereka ini melakukan analisis dengan niat tersendiri, melakukan perancangan media, membuat fitnah, berusaha mencipta suatu imej yang amat negatif terhadap kerajan, semata-mata untuk melakukan tindakan mencemarkan reputasi. 

Mereka mahu gambarkan bahawa setiap tindakan kerajaan itu sentiasa tidak betul. Ini tidak adil,” katanya dan menambah mereka tidak seharusnya melihat yang negatif sahaja, sedangkan segala tindakan positif kerajaan diketepikan begitu sahaja. Ahmad Zahid juga menasihatkan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri supaya terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan ikhlas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Beliau berkata bagi orang ramai menyedari kebaikan yang dilakukan memang amat sukar sekali, namun jika segala tindakan dilakukan dengan ikhlas dan berniat baik, kejayaan akan tetap tercapai.Kesimpulannya, mereka-mereka jenis ini adalah manusia yang tamak haloba yang telah dikelilingi oleh syaitan-syaitan yang sentiasa menghasut mereka. Manusia /melayu mudah lupa. Itu ketogeri mereka yang sebenarnya. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Thursday, February 18, 2016

LING LIONG SIK PANDANG TUN MAHATHIR SAMA SEPERTI TUHAN???

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2016
BEKAS Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini melahirkan keyakinannya bahawa Mahathir akan berjaya dalam kempen menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Beliau mengisytiharkan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak akan gagal kerana apa yang diperkatakan oleh Mahathir mengenai Najib selaras dengan ajaran kitab-kitab agama. Kononnya, beliau, Ling Liong Sik telah baca buku-buku agama. Allah, Jesus, Buddha dan dewa-dewa Hindu mengatakan adalah tidak betul untuk mengambil wang orang lain dan memasukkannya ke dalam akaun kita sendiri. Hanya Najib kata ini adalah betul,” katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor. 

Beliau kemudian menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan dirinya sebagai contoh. Oleh itu, (apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai kegagalan sebenarnya) sebahagian daripada perjalanan ke arah kemenangan,” katanya. 

Sejak April tahun lalu, Mahathir menerajui kempen untuk menggulingkan Najib yang satu ketika dahulu mendakwa beliau sebagai calon terbaik untuk jawatan tertinggi negara itu. Selasa lalu, Mahathir menegaskan beliau tidak akan berputus asa dan berikrar akan terus mendesak Najib supaya berundur.
Jom baca sorotan siapakah Ling Liong Sik dan skandal PKFZ diambil dari wikipedia beliau :
Pada 29 Julai 2010, Tun Dr Ling Liong Sik (67) didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung dua tuduhan pecah amanah berkaitan Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ). Beliau adalah Presiden MCA kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.
Skandal ini menyebabkan kerajaan / PKFZ kerugian berbilion ringgit.
Beliau dituduh menipu / memperdaya Jemaah Menteri Malaysia pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 agar setuju membeli tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Penipuan itu dilakukan di bilik mesyuarat, Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra ,Putrajaya.
Banyak fakta disembunyikan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta,Kementerian Kewangan ke atas tanah yang dicadangkan itu.
Tanah itu seluas 43,538,200 kaki persegi . Harganya RM25 satu kaki persegi (skp) dan jumlah keseluruhan menjadikan RM1,088,456,000. Tempoh bayaran 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (berjumlah RM720,014,600). Kos ini melambung kepada RM4.6 bilion dan seterusnya RM12 bilion.[2]
Tuduhan mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan. Jika terbukti nanti bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Tuduhan alternatif ialah Seksyen 417, Kanun Keseksaan. Pendakwaan dilakukan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah; Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Dzulkifli Ahmad; dan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup. Peguam Datuk R. R. Sethu mewakili Ling Liong Sik.
Setakat ini, Ling Leong Sik mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta. Hakim, Suzana Hussin mahukan tarikh 3 September 2010 sebagai tarikh sebutan kes. Ling dibebaskan dengan jaminan polis dan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen pada 30 Julai 2010.[3]
Setakat ini 5 inividu telah didakwa berhubung Skandal PKFZ. Iaitu bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Oi Choo Phang. Kemudian Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok, 51; Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect serta bekas pengurus projek syarikat kontraktor pembangunan PKFZ, Law Jenn Dong, 51.[4]
Maka, korang nilaikanlah sendiri manusia jenis apa si Ling Liong Sik ini yang menganggap Tun Mahathir sama seperti tuhan dan kerakusan beliau semasa menjadi Menteri Pengangkutan. Bagi IBM beliau adalah balaci no 1 dan orang suruhan Tun Mahathir. Fikir-fikirkan. Dari saya IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib

Wednesday, February 17, 2016

MUHYIDDIN NAFI BELIAU 'BARUA' LIM KIT SIANG...

RABU, 17 FEBRUARI 2016
SECARA lojiknya, bila seseorang itu kecewa jika sesuatu yang dihajatinya tidak kesampaian, atau pun hilang jawatan kerana disingkir, sudah tentu ianya menyimpan dendam, marah yang amat-amat sangat. Maka perasaan dedam pasti kan muncul dalam diri seseorang itu. Apatah lagi jika musuh politiknya 'masuk jarum' memainkan peranan untuk membalas dendam, dendam politik. Ini yang sedang dialami oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dikatakan ghairah untuk menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri. Ada sumbaer-sumber dari dekat yang menyatakan Muhyiddin bersongkol dan dikatakan menjadi 'barua' DAPigs. 
Bagaimanapun beliau menafikannya akan tuduhan bahawa beliau adalah antara rekrut terbaru DAP dalam perjuangan parti itu untuk kononnya dengan menggunakan label “menyelamatkan Malaysia” dari tangan DS Najib. Sumber yang IBM dapat, Muhyiddin menjelaskan, kenyataan berkaitan perkara itu oleh ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang adalah pandangan peribadi beliau (Lim Kit Siang). Katanya, beliau tidak pernah direkrut oleh sesiapapun untuk menegakkan kebenaran. Apa yang beliau suarakan selama ini adalah lahir daripada kesedaran beliau sendiri mengenai nasib yang menimpa rakyat dan negara,” katanya. Sabtu lalu. 
Semalam, terseibar luas akan kenyataan Lim bahawa Muhyiddin adakan rekrut terakhir untuk agenda “Selamatkan Malaysia” selepas beliau menggesa rakyat bersatu bagi mengelakkan menjadi negara gagal. Muhyiddin juga berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menumbangkan Umno seperti dakwaan beberapa portal atas talian susulan kenyataan Lim. Beliau sekali lagi menegaskan, yang menjadi isu ialah kepimpinan Perdana Menteri, bukan Umno. Bagi IBM, agak janggal apabila bekas orang yang memegang jawatan nombor dua negara masih cuba memutar belit atau menegakkan isu yang sudah terjawab dengan bukti penyiasatan. 
Tidak sanggupkah Muhyiddin untuk meminta maaf di atas kekhilafannya yang termakan hasutan? Menjual ayat ‘demi negara’ dan ‘demi rakyat’ bukanlah satu strategi yang baik apabila rakyat sendiri mudah memahami apa sebenarnya berlaku di sebalik isu fitnah derma politik dan yang seumpamanya. Sudahlah tu. Jangan di panjangkan lagi isu yang sudah selesai. Kepada TS Muhyiddin, angaplah itu sebagai dugaan dari Allah swt, dan bukan rezeki Tan Seri. Jangan dik kerana mengejar pangkat dan darjat, negara kita tergadai, maruah kita orang-orang melayu juga tergadai. Wasallam. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita2hati#kekalnajib.

Tuesday, February 16, 2016

ZAHID IBRAHIM CUBA TUDUH PM NAJIB MAKAN BABI??

SELASA, 16 FEB 2016
SEPERTI biasa, Zaid Ibrahim tahu ketika mana dia patut ‘mencelah’ menumpang populariti. Di saat pelbagai pihak sibuk mahu tindakan keras ke atas kedai makanan yang mempamerkan papan tanda “bebas daging babi atau “pork free”, Zaid Ibrahim tertanya-tanya di restoran mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjamu selera ketika berada di Amerika Syarikat semasa lawatan rasminya. Ini susulan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa tindakan terhadap restoran yang memaparkan tanda “bebas daging babi” itu kerana ia mengelirukan umat Islam dengan menyangka ia sebagai restoran “halal”. 
Zaid membuat dakwaan semasa pentadbiran Perdana Menteri keempat negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, peraturan adalah lebih mudah malah ketua Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) meminta ‘steak’ bagi menjamu seleranya di sebuah restoran di Australia yang bukannya halal. Beliau menambah ketua Jakim ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad memaklumkannya Islam hanya melarang memakan daging basi atau tidak bersih, daging yang dipersembahkan kepada berhala dan daging babi. Zaid berkata kekecohan berhubung tanda restoran “bebas daging babi” itu hanya membuktikan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah di kalangan kakitangan awam. 
Pemilik tidak perlu menyatakan bahawa premis mereka bersih atau hidangan mereka adalah bebas kolesterol – hanya bebas daging babi. Jika ada kekeliruan dari tanda ini, masalah ini bukan kerana pemilik restoran tetapi dengan pelanggan dan pegawai penguatkuasa kementerian yang tidak memahami bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan supaya pemilik restoran berhenti mempamerkan tanda ‘bebas daging babi’ sama sekali kerana ia menyebabkan masalah yang tidak diperlukan kerana sikap penguatkuasaan kementerian dan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah secara keseluruhan,” katanya melalui blognya, semalam. 
Zaid berkata tidak ada undang-undang menyekat mana-mana restoran atau kedai makanan daripada meletakkan tanda ”bebas daging babi” jika mereka memang tidak menghidangkan daging itu. Mungkin Zaid juga wajar membuat kenyataan terbuka tentang ‘makan babi’ ini. Kenapa Zaid nampak marah dalam isu ini? Apakah beliau antara penggemar daging haram ini? Asyraf Wajdi masih ingin berdiam diri?. tapi....berdiam diri bukan bererti kita kalah atau kering idea untuk berhujah. Cuma, apa ya g IBM fikirkan ialah tak payah dilayan orang gila seperti Zahid ini. Biasalah darah pembangkang. Kalau takl spin, fitnah, bukan pembangkang namanya. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Monday, February 15, 2016

DENDAM MUYHIDDIN UNTUK JATUHKAN NAJIB DAN UMNO/BN DISAMBUT BAIK OLEH DAPIGS...

ISNIN, 15 FEBRUARI 2016
KALAU betulah apa yang IBM baca/dengar, memang sahlah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dah termakan 'dedak' yang dibekalkan oleh maca-macai nya kecewa dengan UMN)/BN. Oleh itu, DAPigs mengambil kesempatan, ibarat 'menagguk di air yang keruh'. Sumber menyatakan, hari ini DAPigs mengumumkan parti itu akan mengadakan kerjasama dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasukannya bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya terdapat tiga subjek yang menjadi persamaan diantara Muhyiddin dan UMNO Johor dengan DAP untuk menyerang Najib waktu ini iaitu dalam isu derma politik, 1MDB dan SRC International. 
“Rekrut terkini untuk agenda (jatuhkan Najib) tidak lain iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin) kerana mesejnya di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pagoh bahawa perlu segera menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal. “Dengan tiga subjek itu, Pakatan Harapan [DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN)] akan mengadakan kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO Johor,” katanya dalam satu kenyataan media petang ini. Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP berkata, kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO Johor secara tidak langsung akan memberi ruang kepada DAP dan  Pakatan Harapan memperluaskan penguasaannya di Johor. 
Katanya, kerjasama dengan Muhyiddin dan pasukannya itu akan turut menambah potensi  pembangkang yang telah pun berjaya memenangi beberapa kerusi di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu menumbangkan Barisan Nasional (BN). Jelasnya, jika UMNO tumbang di Johor pada PRU akan datang, tiada cara untuk BN mempunyai majoriti di Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan lagi. Seperti yang kita semua tahu, Muhyiddin begitu marah kerana digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun lalu, jesteru dengan penuh agresif menyerang kepimpinan DS Najib termasuk berusaha menumbangkan Presiden UMNO itu sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2015, namun usahanya tidak mendapat sambutan. 
Inikah yang dikatakan 'kacang lupakan kulit, marah nyamuk kelambu dibakar'. Aduhai!...yang untung, yang ketawa gembira ialah bangsa Cina yang diketuai oleh DAPigs. Tidakkah TS Muhyiddin sedar itu semua? Sama-sama kita tunggu. Dari saya ~ IBM #PJUtetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Saturday, February 13, 2016

HUSAM MUSA DEDAHKAN KERAJAAN PAS GAGAL BAYAR CARUMAN GAJI

SABTU, 13 FEBRUARI 2016
SEMASA tengah baik, sama-sama duduk dalam satu saf, semua yang dibuat elok belaka, Bak kata orang, 'kentut' busuk pun dikata wangi. Itulah perjuangan PAS dan serpihannya yang kini bergelar PAN. Kini, segala kebaikan di dalam parti PAS ketika bersama semuanya di pandang, dianggap buruk dan mula membuka 'pekong didada' seerta mendedahkan segala keburukan parti PAS itu sendiri. Sumber menyatakan Kerajaan Negeri Kelantan masih berdegil dan angkuh untuk menyerahkan sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada kerajaan pusat walaupun kerajaan negeri nyata terbeban dengan masalah kewangan. Perkara itu diakui sendiri oleh Kerajaan Kelantan yang tidak membayar potongan gaji dan caruman guru YIK membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

Permasalahan ini diambil kesempatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa mendedahkan dilema guru-guru YIK mengenai gaji mereka yang dipotong setiap bulan oleh majikan, namun caruman tidak dibuat kepada agensi terlibat. Difahamkan, perkara itu diadukan kepada Husam oleh sekumpulan guru YIK yang sudah tidak tahan melihat caruman tersebut tertunggak sehingga memberi kesan negatif kepada mereka. Husam juga mendakwa kerajaan negeri terus boros dan menjual aset negeri di bawah nilai pasaran dalam keadaan kewangan negeri yang semakin tenat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 lagi dan ianya semakin meningkat.

Tunggakan sehingga September tahun lepas sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta. Walaupun kerajaan negeri mempunyai beberapa pelan untuk mengatasi masalah tunggakan itu, namun ia masih lagi gagal dilaksanakan. Menurut kata Mohamed Fadzli, untuk mengurangkan bebanan kewangan, kerajaan negeri menganugerahkan tanah kepada YIK untuk membangunkan ladang. “Tanah diberi kepada YIK untuk mendapat pulangan ekonomi bagi mengurangkan pengantungan kepada kerajaan negeri. “Ekoran itu YIK mengadakan kerjasama dengan syarikat swasta bagi membangunkan tanah untuk memberi pulangan hasil,” katanya. Hasil usahasama membangunkan ladang sawit YIK mendapat pulangan hasil sekitar belasan juta sahaja setahun, sedangkan untuk melaksanakan program pendidikan memerlukan peruntukkan berpuluh juta setahun. 

Dapatkah YIK memastikan pelan ini berjaya sedangkan sebelum ini ladang-ladang yang diuruskan YIK gagal mengeluarkan hasil yang diharapkan. Jangan kerana keangkuhan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS Kelantan ini bakal meranakan lagi guru-guru YIK dan merosotkan mutu pendidikan di Kelantan. Persoalanya, kenapa apabila setelah Husam keluar dari PAS menyertai PAN baru perkara ini didedahkan? Apa motif Husam berbuat demekian? Yang ini, biar ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang cerdik pandai dari PAS jawab. Mereka-mereka tu kan orang-orang alim belaka, betaraf 'ulama'. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekal najib.

Friday, February 12, 2016

PRESIDEN PAN TERIMA NOTIS BANKRAP???

JUMAAT, 12 FEBRUARI 2016
ADAKAH Mat Sabu bakal menuruti jejak Khairuddin, yang dikatakan jadi “anjing” kalau ada org yg selesaikan masalah bankrap?  Notis kebankrapan telah pun diserahkan kepada Mat Sabu bertarikh 3 Februari lepas, tetapi bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak mematuhinya.
Dari sumber: Selasa lepas, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu telah membuat drama dengan mencampak mikrofon ketika ucapannya dalam himpunan desak bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim di depan Penjara Sungai Buloh. Mungkin ada alasan yang kukuh kenapa dia atau nama timangannya Mat Sabu buat begitu. Portal Agenda Daily melaporkan, Mat Sabu kini sedang menghadapi tuntutan bankrap atau muflis selepas gagal membayar hutang saman fitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Laporan itu menyebut, peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan berkata notis kebankrapan telah pun diserahkan kepada Mat Sabu bertarikh 3 Februari lepas, tetapi bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak mematuhinya. Beliau kemudian memfailkan petisyen pemiutang ke atas Mat Sabu untuk mendapatkan wang RM200,000 yang diputuskan mahkamah sebelum ini. Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan kes kebankrapan itu. Mahkamah sama pada 20 Mac dua tahun lepas, memerintahkan Mat Sabu dan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana memfitnah beliau berhubung isu Projek IC di Sabah.
Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan bahawa plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mohamad atau Mat Sabu dan Mustafa selaku defendan. Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad. Pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mat Sabu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk ‘Wan Ahmad Tidak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Jan 2013.
Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah.- SUMBER.
P/S - ibm percaya Mat Sabu@Mat Sabun akan salahkan orang lain. Maka, adalah ini salah Najib jugak?....huhuhuhu...Mat Sabu ada jawapanya. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.