SEPERTI biasa, Zaid Ibrahim tahu ketika mana dia patut ‘mencelah’ menumpang populariti. Di saat pelbagai pihak sibuk mahu tindakan keras ke atas kedai makanan yang mempamerkan papan tanda “bebas daging babi” atau “pork free”, Zaid Ibrahim tertanya-tanya di restoran mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjamu selera ketika berada di Amerika Syarikat semasa lawatan rasminya. Ini susulan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa tindakan terhadap restoran yang memaparkan tanda “bebas daging babi” itu kerana ia mengelirukan umat Islam dengan menyangka ia sebagai restoran “halal”.
Zaid membuat dakwaan semasa pentadbiran Perdana Menteri keempat negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, peraturan adalah lebih mudah malah ketua Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) meminta ‘steak’ bagi menjamu seleranya di sebuah restoran di Australia yang bukannya halal. Beliau menambah ketua Jakim ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad memaklumkannya Islam hanya melarang memakan daging basi atau tidak bersih, daging yang dipersembahkan kepada berhala dan daging babi. Zaid berkata kekecohan berhubung tanda restoran “bebas daging babi” itu hanya membuktikan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah di kalangan kakitangan awam.
Pemilik tidak perlu menyatakan bahawa premis mereka bersih atau hidangan mereka adalah bebas kolesterol – hanya bebas daging babi. Jika ada kekeliruan dari tanda ini, masalah ini bukan kerana pemilik restoran tetapi dengan pelanggan dan pegawai penguatkuasa kementerian yang tidak memahami bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan supaya pemilik restoran berhenti mempamerkan tanda ‘bebas daging babi’ sama sekali kerana ia menyebabkan masalah yang tidak diperlukan kerana sikap penguatkuasaan kementerian dan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah secara keseluruhan,” katanya melalui blognya, semalam.
Zaid berkata tidak ada undang-undang menyekat mana-mana restoran atau kedai makanan daripada meletakkan tanda ”bebas daging babi” jika mereka memang tidak menghidangkan daging itu. Mungkin Zaid juga wajar membuat kenyataan terbuka tentang ‘makan babi’ ini. Kenapa Zaid nampak marah dalam isu ini? Apakah beliau antara penggemar daging haram ini? Asyraf Wajdi masih ingin berdiam diri?. tapi....berdiam diri bukan bererti kita kalah atau kering idea untuk berhujah. Cuma, apa ya g IBM fikirkan ialah tak payah dilayan orang gila seperti Zahid ini. Biasalah darah pembangkang. Kalau takl spin, fitnah, bukan pembangkang namanya. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.
No comments:
Post a Comment