BALIK PULAU, – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya menumpang nama ibarat ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ apabila mengaku membawa kemasukan pelabur asing ke Negeri Pulau Pinang. Ini juga bukan kali pertama Guan Eng mengaku membawa pelabur asing kerana sebelum ini juga dia pernah berbuat demikian.
“Saya tak hairan dia menipu sebegitu. Pada tahun 2008, Guan Eng juga mengakui membawa masuk pelabur asing ke Pulau Pinang sedangkan ketika itu Dap baru sahaja menakluki Pulau Pinang.
“Saya tak hairan dia menipu sebegitu. Pada tahun 2008, Guan Eng juga mengakui membawa masuk pelabur asing ke Pulau Pinang sedangkan ketika itu Dap baru sahaja menakluki Pulau Pinang.”
“Ketika itu jumlah pelaburan berjumlah RM10 juta. 2009 jumlah pelaburan berkurangan kepada RM2 juta. Kini bila jumlah pelaburan meningkat, sekali lagi Guan Eng tanpa malu mengaku semuanya hasil DAP,” katanya.
Beliau berharap rakyat Pulau Pinang tidak akan mudah terpengaruh dengan penipuan Guan Eng ini kerana Kerajaan Pusatlah yang bertanggungjawab membawa pelabur asing ke Pulau Pinang.
Hilmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Guan Eng bahawa DAP yang membawa dua syarikat dari Amerika Syarikat (AS) melabur di Pulau Pinang.
Hilmi turut menjelaskan, bukan mudah untuk menarik keyakinan pelabur asing melabur di Negara ini dan ianya mengambil masa lama. Baginya, kenyataan Guan Eng memang tidak berasas dan tidak tahu malu.
“Guan Eng seharusnya sedar diri dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Walaupun Pulau Pinang di bawah pemerintahan Dap, tetapi Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang,’ ulasnya lagi.
* Kalau rakyat Pulau Pinang (khususnya Melayu) tidak sedar dan bangkit, maka DAPig akan terus menindas. Yang akan terus merana ialah rakyat jelata. So, apa tunggu lagi. Bersedia membuat perubahan di PRU - ke 13 nanti. Katakan tak nak kepada 'Pakatan Reput" (PR) yang telah banyak menyeksa rakyat dan cakap tidak serupa bikin - IBM
No comments:
Post a Comment