KUALA LUMPUR, 30 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam tulisan terbaru Lee Kuan Yew dengan mendakwa bagi bekas perdana menteri Singapura itu “agama tidak penting” dan oleh itu beliau tidak hairan dengan pandangan-pandangannya.
Malah bekas perdana menteri berkata, Lee juga seorang pemimpin yang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.
“Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam.
“Bagi dia seperti kata mat salleh ‘the end justify the means’, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu,” kata Dr Mahathir yang temu bual disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.
Dalam temu bual itu juga, Dr Mahathir berkata, “pada saya kita terlalu terbawa-bawa dengan ajaran imam-imam tertentu sehingga kita berpecah-belah.”
Sebaliknya kata beliau, Islam itu sendiri sudah cukup progresif tetapi yang menjadi masalah ialah tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh manusia biasa walaupun mereka terdiri daripada ulama yang cukup mendalam pengetahuan mengenai Islam.......cerita selanjutnya
* Sebenarnya Lee Kuan Yew ni masih lagi berdendam dengan Tun Mahathir. Semasa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri, Lee Kuan Yew gagal menjinakkan Tun Dr Mahathir. Maka dia sengaja nak mencari pasal. Dasar cina yang berfahaman komunis, maka pemikiranya masih lagi ala 'Komunis' - IBM
No comments:
Post a Comment