Salam untuk para pembaca yang budiman.
Siapa kata wanita tidak setanding dengan kaum lelaki....mari kita hayati sejarah ini....
09 JANUARI
KUMPULAN WANITA PERTAMA DITAULIAHKAN MENJADI AHLI BOMBA |
KUMPULAN WANITA PERTAMA DITAULIAHKAN MENJADI AHLI BOMBA Tarikh Peristiwa : 09.01.1991 Pada hari ini dalam tahun 1991, apabila 39 orang wanita Malaysia telah menempa sejarah sebagai kumpulan wanita pertama di negara ini yang berjaya ditauliahkan sebagai anggota Bomba bukan pegawai. Upacara penyampaian sijil telah dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tuan Haji Ahmad Hassan Osman. Kesemua 39 anggota bomba wanita yang pertama diambil untuk menjalani latihan asas kebombaan di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Baharu, selama 4 bulan setengah. Semasa menjalani latihan tiada seorang pun di antara kumpulan wanita itu yang gagal. Dalam ucapan di perbarisan tamat latihan asas kebombaan, Tuan Haji Ahmad Hassan Osman memuji kemampuan 39 anggota bomba wanita itu dalam menjalankan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki sahaja.Ini dengan jelas menunjukkan wanita juga tidak kurang cekapnya dalam mengendalikan tugas-tugas bahaya dan mencabar. Katanya lagi, di samping tugas hakiki mereka untuk memadam kebakaran, anggota wanita ini juga akan memikul tugas yang berat sebagai kumpulan penyebar maklumat pencegah kebakaran di kalangan suri-suri rumah tangga dan kanak-kanak sekolah. Sesungguhnya dengan kejayaan 39 orang wanita dalam menjalani asas kebombaan, diharap dapat menggalakkan lagi kaum wanita lainya terutama generasi baru untuk bersama-sama menggembleng tenaga bersama kaum lelaki dalam usaha-usaha memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat yang tercinta. KATA IBM : Maaf ku pohonkan kepada pembaca-pembaca yang budiman. Hari ini catitan 'Hari Ini Dalam Sejarah' lambat sikit.......apa pun selamat membaca moga ianya dapat kita kongsikan bersama. Insyallah..! Sumber : Arkib Negara. |
No comments:
Post a Comment