Pages

Monday, January 10, 2011

Isu SUK : PKR Sendiri Akan Kuburkan Khalid Gagap !!


Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Nampaknya isu perlantikan SUK negeri Selangor, masih lagi belum reda. Masih ada lagi yang tidak puas hati dan masih belum selesai. Termasuklah MB Selangor sendiri. Sebenarnya ada dalang yang ingin mengeruhkan lagi situasi ini, melaga-lagakan MB Selangor, Tan Sri Khalid dengan pihak Istana. Ini akan menguburkan karier politik Khalid......



Menurutnya, Khalid tentunya tidak mahu pening kepala dengan isu berkenaan apatah lagi mahu bermasalah dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Tetapi saya lihat ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana ini dengan bertindak umpama baling batu sembunyikan tangan dalam isu-isu tertentu.

"Kesungguhan MB (Khalid) menolak Khusrin jelas ada dalang di belakangnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), berkata setakat ini Penasihat PKR Datuk Seri AnwarIbrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersuara dalam media, tetapi bukannya bermakna mereka tidak berperanan.

"Tapi apa MB boleh buat. Dia ikut sahaja dalang di sebalik isu ini. Isu ini tidak menguntungkan beliau (Khalid) malah merugikannya. Matlamat utama ialah bermulanya pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor," katanya.

Anwar, yang juga adalah penasihat ekonomi Selangor manakala Azmin adalah ADUN Selangor kawasan Bukit Antarabangsa, merangkap pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor.

Ibrahim berkata dalam isu ini, satu analisa politik perlu dibuat dengan tepat kerana untuk meminda undang-undang, sebanyak 2/3 majoriti atau 37 kerusi diperlukan sedangkan kerajaan Selangor sekarang hanya mempunyai 35 kerusi daripada 56 kerusi keseluruhannya.

Sementara itu, bekas ADUN Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom mendakwa isu ini disengajakan oleh satu gerakan dalaman PKR sendiri untuk menghilangkan keyakinan sultan dan rakyat kepada peribadi dan kepimpinan seterusnya kewibawaan Khalid.

Beliau berkata PKR seolah-olah sengaja membiarkan malah menggalakkan Khalid terus membuat kesilapan demi kesilapan yang dianggap besar sehingga sanggup mempertikaikan perkenan Tuanku Sultan.

"Ini menyebabkan segala tindak tanduk sebagai seorang MB tidak mendapat keyakinan dan restu Sultan.

"Akibatnya bila isu menjadi semakin besar, kemungkinan besar Sultan akan mengeluarkan titah bahawa Tuanku tidak dapat bekerjasama dengan Khalid dan akan menggantikan dengan muka baru untuk menjadi MB," katanya yang dipetik dari kenyataan di sebuah blog hari ini.

Zainal Abidin berkata beliau melihat dan meramalkan tindakan Khalid meneruskan sidang DUN tanpa perkenan Sultan Selangor tanpa kehadiran SUK baru yang dilantik akan memberikan kesan negatif hingga boleh mengakibatkan sidang tidak sah.

Katanya, gerakan menolak dan mengetepikan Khalid sebagai pemimpin PKR yang berwibawa seterusnya sebagai menteri besar telah telah lama dirancang oleh pemimpin dalaman PKR sendiri.

Beliau berkata sandiwara PKR untuk mengetepikan Khalid juga dapat dilihat melalui keputusan Anwar melantik Azmin mengambil alih jawatan sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor yang pada mulanya dipegang oleh Khalid tahun lepas.


Kata IBM : Elok le tu. Biar depa sesama depa bercakaran. Si Khalid bangap dan gagap ni, bukanya dia sedar bahawa ada musuh dalam selimut di dalam PKR yang bersedia bila-bila masa akan menjatuhkannya.Apa dia ingat dia kebal..?...Arios Khalid....akan berkuburlah kamu bersama dgn ego dan kesombongan kamu. Sultan jgn nak di lawan, derhaka namanya tu.....!!


No comments:

Post a Comment