Pages

Friday, January 7, 2011

Khalid Ibarat 'gali lubang kubur sendiri'

"Saya kurang faham apa yang si Khalid tu mempertikaikan pelantikan tersebut ? "


Salam semua, salam 1 Malaysia.

Perlantikan telah dibuat, semuanya sudah selesai, tapi tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terkenal dengan gelaran 'Khalid gagap' mempertikaikan perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerjaan (SUK) Negeri yang baru, adalah diibaratkan seperti 'mengali lubang kubur sendiri'.

Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi UMNO Selangor (gambar) berkata, tindakan Abdul Khalid itu bukan sahaja menghina jentera pentadbiran awam di Selangor, bahkan menderhaka kerana pelantikan itu sudah diperkenan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Ifris Shah.

Mungkinkah dia (Khalid) keliru dan tidak pasti dalam tindakkannya sehingga sanggup menderhaka terhadap Sultan Selangor. Tindakkannya itu jelas menunjukkan kerana dia mementingkan politik, parti beliau sendiri tanpa memikirkan kesan kepada rakyat jelata.

Menjelaskan tentang sidang Dewan Undangan negeri (DUN) tergempar yang akan diadakan hujung bulan ini,Datuk Seri Omar berkata, ini tidak akan berjaya meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sekiranya tidak mendapat sokongan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN).

Khalid tidak boleh bawa sikap parti ke pentadbiran negeri kerana kelak menyebabkan negeri hancur dan kucar-kacir.

KATA IBM : Kalau dah terdesak begitulah jadinya. Jelas agenda politik yg Khalid gagap dahulukan sehingga mempertikaikan perlantikan tersebut. Memang kurang ajar dan derhaka namanya tu. Tapi..tindakan Khalid itu rupa-rupanya tidak di persetujui oleh ramai Exco nya.
Hanya beberapa orang sahaja di belakangnya. Sumber ini baru pagi tadi IBM dapat dari salah seorang kuat DAP di Petaling Jaya Utara. Habis le si Khalid gagap ni.....biarkanlah si luncai (Khalid) ni terjun dengan labunya.......

Wajah seorang Menteri Besar yang tak pandai mentadbir Negeri

No comments:

Post a Comment